Artis / Selebriti
” Saya cuba nak pot0ng gaji Azal untuk ajar dia lebih bertanggungjawab.. ” – Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin Kongsi Video Rakaman Ketika Membayar Gaji Anaknya, Azal. Alahai Azal, Redha Je Kena Pot0ng Gaji. Ada Sebab Zarina Buat Macam Tu. Namun Komen Achey Bocey Buat Ramai Tersentuh !!
Umum mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar istimewa bernama Azal dan Azil. Telatah mereka selalu dikongsikan Zarina di Instagramnya untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan orang awam tentang golongan istimewa seperti anaknya ini.
Azal dan Azil keduanya memiliki banyak perbezaan. Azal yang banyak berdikari sekalipun Azal berpangkat adik kepada Azil. Dalam usia Azal yang sudah menjangkau 24 tahun, Zarina berjaya mendidik dan mengasuh anaknya ini dengan banyak perkara yang berguna untuk kelangsungan hidup anak terunanya ini.
Meninjau akaun Instagram Zarina, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zarina memberikan duit gaji kepada Azal. Tertib dan sentiasa sopan santun dengan ibunya ini, Azal pastinya mengiyakan sahaja apa sahaja yang dikatakan Zarina.
Membiasakan diri sebagai awak dan saya, perbualan ibu dan anak ini menghiburkan peminat. Dalam video ini, Zarina mengatakan akan memot0ng gaji Azal sebanyak RM300 sebagai bayaran untuk makan minum, bilik tidur dan utiliti air dan eletrik. Niat Zarina supaya Azal tahu erti tanggungjawab dan sebagai tabungan Azal untuk masa hadapan.
Jom tonton video di bawah :
Bagus betul Azal, langsung tidak membant4h dan tidak sedikitpun merung0t apabila gajinya dipot0ng. Malahan reaksi wajah anak istimewa ini membuatkan netizen kagum. Antara komen-komen mereka :
” Comel je Azal mengaku & cakap “betul betul”. Bagus didikan puan moga dia belajar utk bertanggungjawab. Saya doakan yg terbaik utk keluarga puan.. “
” Azal dah tentu2 anak syurga. Ni yg waras pun selalu ponteng solat dan ponteng menyumbang untuk keluarga. Bagus Ina ajar Azal pasal tanggungjawab. Semoga Azal dan Azil sentiasa dilindungi ALLAH.. “
” Masya Allah baiknya azal. Alhamdulillah…. seronok tgk azal dgr ckp ibunye. Sayang azal .. anak yg ckup patuh dn menyayangi ibunya… Alhamdulillah.. “
” Suka tgk video azal.. Azal budak baik. Alahaiii, polos sgt Azal ni. Hensem, jujur, baik saja…. Nampak dia susah hati sgt bila ibu tanya tak solat lagi tu… Hahaa.. “
” Bagus Azal walaupun pemikiran tak sama macam kita yang normal tapi azal tetap terbaik. Semoga dipermudahkan urusan Azal dan kak Zarina.. “
” Bagusnya Azal pandai puan Zarina mendidik anak. Comel gaya Azal ni. Comel je bila kena bayar duit air api, tempat tinggal dia pun ye kan je.. “
” Ya Allah baiknya Azal. Cakap pun sopan je. Tinggi budi bahasanya dengan ibu. apa sahaja arahan ucapan Ya dimulut.. Allahu Akbar, anak syurga.. “
Pelawak Achey Bocey juga turut sama men1nggalkan komennya yang memuji sikap baik Azal ini dan buat ramai terkesan dan tersentuh :
Sememangnya Azal ini anak yang baik dan sentiasa cuba menyenangkan hati ibunya. Walaupun ada kekurangan, namun Azal memberikan contoh yang baik kepada semua. Semoga Azal sentiasa dilindungi Allahdan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen