Artis / Selebriti
” Saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang atau selesa.. ” – Qadejah
Permohonan maaf daripada anak perempuan Dato’ Aliff Syukri, Qadejah El Zahra mengenai video kerjasamanya bersama Hadie sebelum ini. Alahai, ini video terakhir katanya. Content je pun, siapa lah yang kurang senang tu..
Sebelum ini, beberapa buah video lakonan anak sulung Ina Naim, Hadie Elfardie bersama anak usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra mempromosikan Sugeh Resort telah menarik perhatian warganet. Ramai yang berpendapat Cess dan Hadie kelihatan sangat serasi ketika berlakon bersama.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Qadejah atau mesra dengan panggilan Cess, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sambungan lakonannya bersama Hadie. Namun begitu, di ruangan kapsyen, Cess membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menurut Cess, dia ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yang berasa kurang senang atau tidak selesa dengan video kerjasamanya bersama Hadie sebelum ini. Jelasnya lagi, segala jalan cerita dan lakonan tersebut sebenarnya telah dirancang dengan teliti sejak awal projek itu dijalankan.

Cess turut menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, dan apa yang dilakukannya hanyalah sekadar menjalankan tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Tulis Cess lagi di akhir penulisannya, video yang dikongsikan ini adalah merupakan video terakhir lakonannya bersama Hadie.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai respon dan berharap agar gandingan Cess bersama Hadie dalam mempromosikan Sugeh Resort dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah:
” Jgn la video terakhir, klau boleh nk lagi. Suka tgk Hadie dgn Cess. Alahai cess, kami ok je fhm sgt ni semua content je.. “
” Dear Cess.. Kami semua okay je tgk content cess dgn hadi. Awk berdua kan tgh bekerja. Jangan risau ya takda apa yg perlu dijelaskan. We want more Cess.. Haha.. “
” Theres nothing so serious with tt.. Dont bother them.. If u n Hadie ditakdirkan ada perjalanan cinta pun, tiada siapa yg boleh menyatakan tidak, dgn izin Allah.. Aunty doakan yg baik² buat Cess dan Hadie, aamiin.. “
” Cess sayang, kalau awak buat content macam ni dengan hadie akak rasa akak lagi nak tengok tau. Best, dua dua nampak sangat menjaga ikhtilat, jaga tutur kata, sopan, manis ja tengok.. “
” Semua content yang awak buat ni niat baik inshaAllah makin maju sugeh resort nanti sebab Hadie dengan Cess memang sesuai la digandingkan.. “
” Jangan la video last, buat ja kerja awak dengan hadie sebaik mungkin. Abaikan je komen yang tak membina tu okieee.. “
” Tak perlu disclaimer Cess, rilek jerr, kami suka semua video Cess, with or without Hadie.. Hiraukan mulut orang Cess.. Dlm hidup ni kita tak bole nak puaskan hati semua pihak… Just focus je yg perlu kita buat k.. “
Ramai yang berharap agar Cess dapat kembali bergandingan dengan Hadie dan video ini bukan lah yang terakhir. Warganet turut berpendapat bahawa Cess sebenarnya tidak perlu membuat permohonan maaf seperti itu kerana mereka memahami bahawa video-video berkenaan hanyalah sekadar kandungan hiburan semata-mata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qadejah_terlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


