Artis / Selebriti
” Saya inspektor Sani, so saya nak bukti.. ” – Zizan Razak

Video Respon Zizan Razak Ketika Wanns Ahmad Cuba Prank Kena Samun Buat Warganet Kagum. Baru Wanns Nak Berlakon Sedih, Sekali Zizan Video Call Terus, Pantas Betul. Spoil, Prank Tak Menjadi, Haha !!
Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon Wanns Ahmad hadir ke konti Era. Munaabella menjadi penyampai radio untuk slot Chingu Era. Riuh konti Era dengan gelak ketawa kerana Wanns seorang yang lawak dan suka membuat kelakar.
Wanns mendapat satu tugasan daripada Munaabella untuk prank sahabatnya, Zizan Razak. Dapat dilihat Wanns menghubungi Zizan dan Zizan pantas mengangkat panggilannya. Wanns berlakon seperti sedang menangis dan membuat suara sedih.
Wanss memberitahu Zizan yang dirinya telah disamun dan dia tidak tahu hendak menghubungi siapa untuk meminta tolong. Mendengar sahaja suara sedih Wanns itu, Zizan terus mengatakan dia ingin video call bersama Wanns. Apa lagi, pecah lubang dan drama prank kali ini tidak menjadi.
Sikap prihatin dan caring yang ditunjukkan oleh Zizan itu dipuji oleh Munaabella. Kata Munaa, Zizan pantas bertindak walaupun sedang menjalani shooting ketika itu. Ramai juga yang menegur wajah dan cara percakapan Wanns yang serupa dengan Zizan, seperti kembar pun ada.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sekarang ni siapa boleh tolong jawab kan… Dorang ni adik beradik ke sedara ke sepupu ke ?? Aku dah banyak tahun nak tahu.. Sebab suara sama, muka pun lebih kurang.. ”
” Ni yg berlakon cite apa lupa dh, best dia berlakon lawak mcm zizan gak.. muka sibijik mcm zizan.. cara cakap pun macam Zizan”
” Zizan pandai.. pasal sekarang Banyak scam.. tu pasal Zizan suruh Video Call.. Zizan very smart.. ”
” Mesti rasa bercakap dgn cermin kan.. haa.. cara cakap.. iras2 muka.. gelak.. sama.. Wan ni memang sebiji perangai , muka , suara mcm zizan.. ”
” Depa berdua ni ada talian persaudaraan ke? Nampak cam kembar pun ada… Cara cakap… Muka.. ”
” Bukan hero di TV sahaja okey.. dah la muka nak sama 2 ni, perangai pun sama. sahabat yang baik zizan ni, terus video call.. ”
” Zizan slalu kena prank dengan kawan-kawan sebab dia orang baik dan selalu suka tolong orang.. caring sangat Zizan ni.. ”
Tak sempat Wanns Ahmad hendak berlakon lebih-lebih akhirnya cepat kantoi. Zizan lagi bijak kali ini, tidak perlu cakap panjang dan terus buat video call. Apa-apa pun, Zizan memang terbukti seorang sahabat yang baik dan prihatin orangnya. Semoga persahabatan Zizan dan Wanns Ahmad dirahmati Allah selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen