Artis / Selebriti
” Saya nak minta maaf kepada semua yang dah menonton video saya sebelum ini.. ” – Uqasha Senrose
Video permohonan maaf daripada Uqasha Senrose kepada semua mengenai isu rumahtangganya yang hangat diperkatakan. Ini penjelasan Uqasha..
Beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai isu rumahtangga pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli apabila Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya. Difahamkan, permohonan itu dibuat atas alasan sudah tiada lagi persefahaman antara mereka serta berlakunya pergolakan dalam rumah tangga sejak bulan April lalu.
Terbaru, Uqasha telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan serta video terdahulu yang melibatkan isu rumah tangganya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Uqasha ditemani ibunya. Uqasha memohon maaf atas segala tindakannya sebelum ini yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif serta kemarahan orang ramai. Jelasnya, dia mengakui ketika itu berada dalam keadaan tertekan dan marah semasa menulis dan merakam video tersebut.

Bukan itu sahaja, Uqasha turut berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam setiap tutur katanya dan mahu memberi tumpuan kepada dirinya sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik serta seorang ibu yang baik. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Uqasha. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bukan senang seorang wanita nk akui kesilapan dan mohon maaf secara terbuka ni.. Saya doakan hubungan rumah tangga awak akan kembali baik insyallah.. “
“Alhamdulillah, smoga Usha lebih tenang, sentiasa dlm lindungan Allah, yg baik2 shj utk Usha di mse dpn. Aamin. Tk cre, love yo.. “
” Semoga Qasha & Uqaira sentiasa baik2 saja dan dlm lindungan Allah SWT… InsyaALLAH semoga akan baik2 saja.. “
” Semoga Allah swt panjang kan Jodoh kalian jgn cari sempurna cari lah sempurna bersama sama still hope my fav still akan together please fan syg korang.. “
” Alhamdulillah, smoga Usha lebih tenang, sentiasa dlm lindungan Allah, yg baik2 shj utk Usha di mse dpn. Aamin. Tk cre, love you.. “
” Semoga Sha terus kuat Dan tabah hadapi ujian Dan dugaan ini…Akk Tau Sha kuat n whatever happens, just remember that I will always be here to support you… Hugs n kisses to you.. “
” Terbaik uqasha. Kita kena banyak muhasabah diri perkahwinan ni kena banyak “ sabar” . Syaitan lagi suka cerai berai . Tiada orang lain boleh tolong kita melainkan Allah,dekat kan diri dengan Allah itu je jalan terbaik.. “
Ramai yang mendoakan Uqasha selepas mendengar permohonan maafnya itu. Semoga selepas ini Uqasha diberikan ketenangan dan segala urusan rumahtangganya dapat diselesaikan dengan baik. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Uqasha dan Kamal.

Silakan SHARE..
Sumber : IG uqashasenrose2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang chat mak saya macam seolah-olah mak saya tak pandai jaga saya, macam saya dah teruk sangat.. ” – Hadie


