Artis / Selebriti
” Saya seorang ke yang ulang sampai 5 kali.. ” – Netizen

Fedtri Yahya Kongsi Video Pillow Talk Bersama Anak-Anaknya, Indah Sutera Jannah Dan Ahmad Wildan Arjuna. Jawapan Spontan Anak-Anaknya Buat Ramai Terhibur, Alahai Bijak Sungguh !!
Pengacara dan personaliti televisyen berkarisma, Ahmad Fedtri Yahya sering muncul di kaca TV dengan pelbagai program bual bicara. Mendengar kepetahannya berbicara membuatkan Fedtri sering mendapat pujian ramai peminat yang menonton.
Melalui perkongsian Fedtri di Instagram, Fedtri merakam satu video perbualan bersama-sama anaknya, Indah Sutera dan Wildan Arjuna. Video tersebut dirakam oleh Fedtri sebelum anak-anaknya tidur. Apa yang menarik, tajuk yang dipilih untuk perbualan tersebut ialah ‘ Awak suka apa ? ‘.
Dalam video tersebut, Fedtri bertanya kepada anak-anaknya apa yang mereka suka. Fedtri mengambil giliran dahulu memberitahu apa yang disukai dan diikuti oleh kedua-dua anaknya. Cara mereka memberi jawapan dengan spontan dan pantas cukup mengagumkan.
Gelagat tiga beranak ini membuatkan peminat terhibur dan ramai berpendapat mereka mempunyai bakat seperti bapa mereka. Inilah yang dikatakan ‘napa b0rek anak rintik’. Bonding time seperti inilah yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.
Jom tonton video di bawah :
Telatah anak beranak yang santai menjawab semua soalan membuatkan peminat terhibur dan terinspirasi. Antara komen-komen mereka adalah :
” Saya sorang ke yang ulang sampai 5 kali, Juna suka tep0k tangan tu cute sangat, Suka tengok Juna… bijakkk.. “
” Syokkn sesekli layan ank2.. Kenangan 1hari nnt ni.. Ank2 sy dh besar.. Yg sulung 24thn. Yg kecil 14thn.. moment2 yg indah tak akan sy lupa.. “
” Oooohh my heart sgt sukaaaa tengok anda bertiga. Anak lelaki tu siapa namanya, Kiut dan menghibur kan, tersenyum tengok keletah diorg ni… “
” Sorang suka kelas google, sorg suka zoom… pandainya.. acik pun baru tau google meet dan zoom ni, Best nye game niii… Sgt sesuai untuk membina mindaa.. “
” Anak2 yg bijak dan ceria sbb mebdpt cukup kasih sayang dan prihatin parents….. tahniah, Ank2 yg bijak.. Tgk gaya ckp ank2 dh gaya daddy.. tbaik daddy nya ajar cara bckp.. tahniah.. “
” Saya suka tgk awak semua…. nk tryla challenge ni ngan anak2 Saya.. terima kasih fedtriyahya bg inspirasi, Seronok tengok bapak dgn anak2 nih… so sporting.. “
” Sy suka kapal terbang.. sy suka aeroplane.. samalah tu.. ha ha ha.. suka tengok, Comel² semua, bijak pilih jawapan, spontan je.. “
Bijak dan comel betul kedua-dua anak Fedtri. Cara mereka berbicara juga saling tidak tumpah sepertinya. Apa-apapun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga mereka sentiasa ceria dan menjadi anak soleh dan solehah buat kedua ibu bapa. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen