Artis / Selebriti
” Saya tak kisah kalau korang nak ship saya dengan sesiapa pun, cuma.. ” – Hadie
Luahan hati Hadie Elfardie mengenai isu kecaman terhadap rakan-rakannya curi perhatian warganet. Kesiannya, tak pasal-pasal orang lain kena kecam. Sayu baca ayat-ayat Hadie, ikhlas dan jujur daripada hati..
Semalam anak kepada Dato’ Aliff Syukri, Qadejah Elzahra ada berkongsikan permohonan maafnya kepada yang kurang senang gara-gara lakonannya bersama Hadie Elfardie untuk Sugeh Resort. Kerisauan Qadejah menjadi bahan hentaman peminat fanatik Hadie menjadi kenyataan dan Qadejah mengambil langkah untuk menjelaskan keadaan sebenar supaya ianya tidak berlanjutan.
Terbaru menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hadie pula, Hadie juga berkongsikan satu coretan panjang untuk semua penyokongnya. Hadie memulakan kapsyennya itu dengan ungkapan maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa dengan perbuatan atau tingkah lakunya.
Hadie mengakui dia ada membuat kesilapan, namun Hadie menjadi serba salah kerana perasaan orang lain yang menjadi mangsa kerana silapnya itu. Hadie memahami kehidupan tidak selamanya di atas dan ianya seperti roda yang sentiasa berputar. Ada masanya di atas dan ada masanya di bawah.

Hadie turut menegaskan mengenai isu ‘ship‘ yang diwujudkan oleh wargamaya mengaitkan dirinya dengan beberapa individu wanita sehinggakan ada yang merasa tidak selesa. Hadie turut berterus terang mengenai perasaannya dan ianya hanya lah sekadar sayang sebagai sahabat.
Jom baca perkongsian di bawah :




Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yang gunakan awk utk view atau yang bagi awk view (sekali dgn package payment)? U choose wisely hadie. Fokus career and gunakan peluang yg ada sebaiknya.. bukak mata hadie ye.. “
” Alhamdulillah hadie , Sb Hadi tunjuk kat kita semua keperibadian sorang lelaki yg unggul , sentiasa humble … insya Allah , ramai yg mendoakan apa pun yg Hadie buat dan yg hadie impikan.. “
” Stay strong for adi, odda & ammar.. so please ye kpda para2 netizen yg suka memech belhkn mreka.. tlg dgr ap yg mreka da ckp… jgn dsbbkn kata2 org lain sklii trbabit… kesianlh pda bdk2 ni dorg bru nk mlngkh dlm bidng ni… just support whtever dorg bt ok stay strong trio mut.. “
” Hadie masih muda sgt dlm industri hiburan.. Dan hadie membawa imej Islamic dlm diri hadie lahir dari arwah bapa & ibu hadie.. So klau bolih berjaga² lah bila bersama² rakan perempuan.. Jaga batas susila.. ia tentang ikhtilat antara lelaki dan pmpn. Mesti ada batas. mata netizen ada d mana².. Sekarang sudah ada 2 team netizen yg support hadie.. Tidak sepatutnya berlaku d awal karier hadie.. “
” Rasanya benda pertama yg boleh try usahakan adalah bersihkan diri daripada ship2, sebenarnya ni je salah satu main reason yg buatkan benda ni jadi besar and makin besar sbb netizen skrg kalau dh ship dgn sorang mmg sorangg tu je lah netizen nak. Peluang Hadie utk dpt byk job brlakon bernyanyi etc sgt besar sebenarnya jadi kalau boleh elakkan ship dgn sapa2 pun pada awal kerjaya ni.. “
” Takpe adi, tak perlu rasa bersalah okay? Bukan salah adi pun benda benda ni jadi. Sy sentiasa support adi & persahabatan trio. Sebab trio sy start jadi peminat korang. Stay strong & fly high adie & of course utk trio jugak.. “
“Lepas baca permohonan maaf dari cess, kt sini adi plak. wahai anak²,hidup la mngikut alur remaja kalian, slagi ada ibu ayah yg mempercayai.. Netizen jgn over sgt, lek2 sudah. Yang penting, ingat lirik lagu ‘Bicara Kata’ tu ye “Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata hilang percaya”.. Moga semuanya berjaya dunia akhirat. Ameen.. “
Ini lah asam garam dunia hiburan yang perlu Hadie tempuhi, ada yang menyukai dan pasti juga akan ada yang membenci. Semoga Hadie akan terus kuat melangkah untuk mencapai cita-cita Hadie. Teguran yang positif boleh lah Hadie ambil sebagai panduan dan memperbaiki diri. Apa-apa pun, fly high Hadie Elfardie.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Adi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


