Artis / Selebriti
” Saya takde bawa duit pun, saya sehelai sepinggang. Kalau apa-apa jadi.. “- Ardell Aryana

Video sesi live Ardell Aryana ketika berada di tengah lautan semasa misi bantuan G4za buat ramai tersentuh. Sebak dengar perkongsian Ardell, menusuk sampai ke hati..
Umum mengetahui yang pelakon, Ardell Aryana telah menjadi sukarelawan untuk misi bantuan di G4za baru-baru ini. Ardell kini telah pun berada di sana dan dalam misi menyampaikan bantuan kepada penduduk di G4za yang masih bergolak dengan peperangan.
Menerusi satu akaun Tiktok bernama Cuyang, perkongsian sedikit video sesi live Ardell ketika berada dalam sebuah bot bersama sukarelawan yang lain telah dikongsikan. Ardell satu-satunya wanita muslim yang berada dalam bot tersebut.
Ardell sempat berkongsi cerita tentang suasana di sana dalam keadaan sebak. Menurut Ardell, para sukarelawan diberi makanan sebanyak dua kali sehari dan ketika misi tersebut Ardell tidak membawa apa-apa selain Al-Quran dan tasbih digital.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet buat masa ini. Usaha murni ini diharapkan menjadi inspirasi buat masyarakat untuk terus peka, bersatu, dan tidak pernah jemu menyokong perjuangan rakyat G4za.
Jom tonton video di bawah :
@cuyanggg28 jom sama-sama kita doakan mereka di sana selamat pergi dan pulang insyaallah 🤍🤍 #ardellaryana #pray4gaza #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #fypage
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan keselamatan Ardell di sana. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Tadi punya live sedih sgt tengok ardell menggigil sejuk kena on duty pagi. tk bahaya ke live slalu, tk boleh la sy overthinking, sy rasa ramai memerhati.. “
” Live harini sedih sangat. menangis bila ardell cerita pasal anak dia mimpi dalam syurga. bila tanya macam mana ada dalam syurga, anak dia cakap Umi (ardell) yang bawak dorang semua Masuk syurga.. “
” Kami berbangga dgn kamu semua dan semoga Allah selalu melindungi kamu semua. semoga anda semua selamat pergi dan balik.semoga semua bantuan dapat diberikan kpd saudara2 kita di p4lest1n.. “
” Risiko nya sgt besar ye kawan2 mereka belum masuk lg perairan yg sgt berisiko dn bahaya mereka masih jauh dn perlu beberapa hri bhkan berpluh hari untuk smpai sana dn risiko mcm2.. “
” Ada sperti kita tahu sblm ni pernah ad misi ke g4za yg ditngkap dn dirampas bahan2 makanan oleh rejim marmala or handala dh lupa tapi kita doakan semoga dipermudahkan sgla urusan pergi dn balik.. “
” Ya Allah engkau lindungi mereka semua agar selamat sampai ke sana dgn selamat Aamiin Aamiin Aamiin . ada kata secantik bahasa .betapa besarnya hati Nurani team sumud frontline.. “
” Terima kasih org baik…sepanjang vedio nihh sebak, sedih…sama2 merasai perasaan.. sampai kat hati..semoga semuanya di permudahkan urusan semua.. “
Bukan sekadar artis, Ardell tampil sebagai figura yang mengutamakan nilai kemanusiaan serta sanggup berdepan cabaran demi menyampaikan harapan kepada mereka yang memerlukan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ardell dan teamnya dipermudahkan segala urusan dan dapat pulang dengan selamat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cuyang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen