Artis / Selebriti
” Sayu hati bila dengar suara Amir, patut lah cikgu sorok part ni.. ” – Netizen

Video Amir The Chosen One Menyanyi Part Chorus Lagu Haruman Terindah Buat Ramai Sebak. Alahai Suara Mendayu Amir Ni Buat Air Mata Mengalir Tanpa Sedar, Menusuk Ke Hati !!
Amir The Chosen One, nama yang menjadi sebutan ramai masa kini. Baik golongan dewasa mahu pun kanak-kanak, semua mengenali Amir. Hari Rabu memang dinanti-nantikan oleh semua peminat Amir untuk melihat persembahan Amir di pentas The Chosen One.
Dalam banyak lagu yang didendangkan oleh Amir, peminat sering meminta agar Amir menyanyi lagu viral, Haruman Terindah. Demi memenuhi permintaan semua, cikgu kepada Amir melatih Amir dan akhirnya Amir dapat menghafal lagu itu.
Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir mengalunkan chorus lagu tersebut. Kata admin akaun media sosial Amir ini, part chorus ini memang sengaja disimpan dan khas untuk semua yang merindu suara Amir.
Anugerah Allah pada anak kecil ini, alunan suara yang merdu dan tidak jemu didengar. Walaupun lagunya memerlukan nada suara yang tinggi, Amir tetap relax dan santai sahaja menyanyi. Tidak kedengaran langsung bunyi Amir mengambil nafas, hebat Amir. Kalau orang lain ni, mahu tercungap-cungap Amir oii.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Part chorus yg sngaja kami simpan,khas untuk yg rindukan suara Amir.Moga anugerah ini dapat jdikan asbab kami sebarkan mesej positif dan dakwah#diaridaripedalaman #evolusibintangbaharu #tco #berandatiktok #amirthechosenone #fypシ #termojproduction #astroceria #harumanterindah @Termoj Production @kucing termoj
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kenapa la merdu sgt dgr suara adik amir ni . mengalir airmata. anugerah dn ciptaan dri Allah. SubhanaAllah. moga adik amir terus berjaya dunia akhirat. amin.. ”
” Finally unuk nyanyi jgk lgu haruman terindah… sampai ke hati. syahdu sedap suara adik amir.. tq unuk dan cikgu-cikgu fansamir.. ”
” Nape hatiku sebak bila adik amir nyanyi lagu ni. sedap halwa telinga dgr amir nyanyi, lenggok suara tu buat acik nk dgr berulang2.. semoga terus berjaya wahai anak.. ”
” Lentok nyanyian adik amir mmg original and sedap sgt… kurniaan Allah untuk adik… langsung tak dengar nafas Amir walhal tone tinggi tu.. tahniah cikgu yg bawak adik amir sampai ke sini.. ”
” Gara-gara unuk la aku trus suka dgr lagu ni. Terus maju kedepan Amir.. In shaa Allah awak dapat capai cita2 awak.. ”
” Alhamdulillah Amir lunak suaramu.. Amir memang terbaik.. byk kali duk ulang.. x puas dgr nyanyian awk dik… aduhai awk mkn ape dik sedap sgt suara ni.. ”
” Sayu hati bila dengar suara Amir.. yg aku heran tiap kalo tengok adik amir ni air mataku begenang.. anugerah terindah dari Allah.. semoga terus harum mewangi.. ”
Selepas ini tentu ramai akan merindui suara merdu Amir menyanyi. Semoga semua kegiatan dan nyanyian Amir masih lagi dimuatnaik oleh cikgu-cikgunya nanti. Apa-apa pun, teruskan berdakwah dan menyebarkan untuk kebaikan semua, selamat maju jaya Amir.
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen