Artis / Selebriti
” Sayu pulak tengok moment macam ni. Happy tapi rasa sedih.. ” – Netizen

Amar Baharin Kongsi Video Gelagat Anaknya, Aqeef Anaqi Mengajar Ayra Aryssa Solat Buat Ramai Tersentuh. Alahai Dah Besar Anaqi, Tahu Tanggungjawab Pada Adik. Mommy Mengintai Sambil Bergenang Air Mata Ke Tu, Hehe !!
Amar Baharin dan Amyra Rosli antara keluarga selebriti tanahair yang bersih dari sebarang kontroversi. Pasangan ini hidup bahagia bersama 2 orang anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa dan disenangi oleh ramai warganet kerana sifat mereka yang sederhana dan tidak sombong.
Meninjau akaun Tiktok Amar Baharin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Anaqi dan Aryssa selepas selesai bersahur. Pada awal video, dapat dilihat Anaqi mengajar Aryssa cara untuk mengambil wudhuk di dalam tandas. Pandai Aryssa mengikut sahaja semua kelakuan abangnya itu.
Selepas itu, mereka solat bersama dan Anaqi menjadi imam untuk adiknya itu. Comel sahaja Aryssa memakai telekung solat sambil mata tak lepas memandang ke arah Anaqi. Kelihatan sama kelibat Amyra Rosli menyorok dan mengintai di sebalik dinding.
Pastinya rasa bangga di hati Amar dan Amyra melihat sifat Anaqi itu. Baru berapa tahun usianya sudah tahu mengutamakan agama dalam kehidupan. Abang Anaqi tentunya akan menjadi pembimbing dan pelindung Aryssa yang paling terbaik.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@amarbaharinofficial
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya allah anaqi dah besar.. dari kecik follow dia dengan adik and now dah berani jadi imam. semoga jadi anak yang baik anaqi aryssa.. ”
” Masya Allah semoga anaqi Jadi anak yang soleh dan adil baik serta menjaga mommy daddy dengan baik.. ”
” Alhamdulillah semoga menjadi anak yang Soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat Aamiin Anaqi dan Aryssa.. ”
” MasyaAllah semoga menjadi anak yang soleh dan solehah , saham dunia akhirat mommy dan daddy.. ”
” semoga menjadi anak yang Soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. ”
” semoga menjadi anak yang Soleh dan solehah berjaya didunia dan akhirat . Aamin.. sayu pulak tengok moment macamni, terasa anak dah besar sangat.. ”
” mommy tu mengintai sambil mata bergenang ke.. bangga ada anak yang soleh macam anaqi ni kan. abang yang baik untuk arysssa. Happy tapi rasa sedih.. ”
Alhamdulillah baru sebesar ini Anaqi sudah tahu tanggungjawabnya untuk membimbing adik menjadi anak yang solehah. Sejuk hati tengok dua beradik ni solat bersama. Semoga Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa menjadi anak yang selalu membanggakan mommy dan daddy serta insan yang bertaqwa kepada-Nya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amar Baharin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen