Artis / Selebriti
” Sebab tu kak Ina tak boleh lama-lama menjanda ataupun lama-lama duduk sorang.. ” – Ina Naim

Viral bakal berkahwin lagi tidak lama lagi, video penjelasan Ina Naim sebab-sebab kenapa dia nak berkahwin raih perhatian ramai. Ini sebab-sebabnya dan reaksi keluarga arwah Suhami Saad mengenai perkahwinannya itu..
Ina Naim dan anak-anaknya sering menjadi perhatian sejak pemergian arwah Suhaimi Saad hampir setahun yang lalu. Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai kad undangan perkahwinan Ina dengan seorang lelaki yang dikhabarkan bakal berkahwin pada bulan November ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Chuarefaizol, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Ina memberikan penjelasan tentang isu bakal berkahwin. Tidak berselindung, Ina mengakui dirinya bakal mendirikan rumahtangga bersama seorang duda anak 2.
Ramai yang mempersoalkan mengapa Ina ingin berkahwin lagi dan Ina ada sebab-sebabnya tersendiri. Semuanya untuk anak-anak yang masih memerlukan didikan daripada seorang ayah. Masih banyak lagi yang perlu anak-anak Ina pelajari dalam hidup walaupun mereka tidak ke sekolah.
Penerimaan anak-anak juga baik-baik sahaja, apatah lagi anak-anak Ina sekarang pun sudah mula belajar dengan bakal ayah baru mereka itu. Selain itu, Ina turut mendapat persetujuan daripada seluruh keluarga dan keluarga arwah Suhaimi juga menyokong tindakannya ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@chuarekarimjer Tahniah Ina Naim dan pasangan . In shaa Allah SS dah tenang dan bahagia dia Sana . Ina perlukan pembimbing utk jaga anak2 dan diri ina jugak ♥️ #inanaim #suhaimisaad
@chuarekarimjer Replying to @RieNie in shaa Allah minggu depan ina naim & pasangan bernikah . Kita doakan yang terbaik buat ina naim ♥️ #inanaimsuhaimisaad #inanaimkahwin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Biar lah dia kawin.. dia pun perlukan seorg lelaki yg boleh bg dia nafkah utk dia.. tahniah… Ina Naim semoga dpermudhkn segala urusan.. Aamiin.. “
” Dah sampai jodoh ina, alhamdulillah.. Muda dan lawa lagi ina . Anak2 pulak tengah nak membesar ada lelaki ada perempuan.. “
” Bagus pemikiran Ina Naim. Nikah tu lbh baik Dr dok sorang.. lagipun sunnah Nabi kita bernikah.. saya sokong ina kahwin, dapat jodoh yang baik.. Alhamdulillah.. “
” Kita doa yg baik2 je.. Ina berhak untk bahagia mcm org lain.. jodoh dh smpai on je.. itu lebih baik untk elak fitnah yg mcm2 skrg.. “
” Tahniah Ina Naim.. semoga kekal hingga akhir hayat.. dia cari utk org yg dpt teruskan pendidikan anak² dia.. dia sedar dia tak mampu buat sorang².. “
” Alhamdulillah.. bagus Ina ni.. cakap terus terang.. semoga ina bahagia dgn somi bru bersama anak-anak…. hidup kena diteruskan.. “
” Tahniah Ina Naim dan bakal suami…. semoga dipermudah segala urusan dan lancar semuanya.. jodoh rahsia Allah.. “
Jodoh itu rahsia Allah dan segalanya sudah diaturkan olehNya sejak di luth mahfuz lagi. Semoga suami baru Ina nanti akan menjadi seorang ayah yang baik untuk anak-anak Ina dan suami yang hebat untuk Ina. Semoga kebahagiaan sentiasa milik Ina dan segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Chuarefaizol
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen