Artis / Selebriti
” Sebak dengar, terngiang-ngiang suara arwah SS. Lama dah tunggu Hadie alun selawat ni.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie mengalunkan Selawat Ibrahim raih pujian ramai. Lunak merdu sungguh suara Hadie, tak ubah macam suara SS. Sebak pula dengar..
Nama anak sulung arwah Suhaimi Saad dan Ina Naim iaitu Ehmad Hadie Elfardie mula menjadi perhatian dan sebutan apabila Hadie menyertai rancangan realiti TV, Talk To My Manager. Remaja yang berusia 17 tahun ini memiliki suara yang merdu dan mampu menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hadie FC, telah dikongsikan video yang memaparkan Hadie mengalunkan selawat Ibrahim. Selawat ini pernah dirakamkan oleh Hadie bersama arwah Suhaimi dan adiknya, Sallman beberapa tahun yang dahulu. Paduan suara anak dan ayah ini meraih pujian ramai.
Sempena Maulidul Rasul pada hari ini, Hadie berkongsi alunan selawat Ibrahim itu tetapi dalam versi solo. Zikir yang sedap didengar, ditambah pula suara lunak Hadie itu. Mendengar suara Hadie ini, mengingatkan warganet terhadap SS kerana suara Hadie yang hampir sama dengan ayahnya itu.
Pada perkongsian lain pula, Hadie turut memperdengarkan sedikit lagu Oh Fatimah yang akan dinyanyikan di konsert minggu ketiga Talk To My Manager nanti. Mendayu-dayu sungguh suara Hadie, ramai yang mendoakan agar Hadie boleh ke final dan merangkul gelaran juara.
Jom tonton video di bawah :
@hadiefc Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Perbanyakkan selawat, tanda kasih dan sayang kita pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. #MaulidurRasul #Hadie #selawatibrahimiyyah #Muhammad #Selawat
@hadiefc Kita belanja sikit… Nak full? Kena tonton persembahan Hadie di Talk To My Manager, Ahad ini, 7 September 2025, jam 9.00malam di Astro Ria. Juga di Sooka. #TalkToMyManagerMY #InaxHadie #Hadie #InaNaim #SuhaimiSaad
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masya Allah sedapnya suara Hadi, semoga berjaya dunia akhirat.. acik tungu mingu ni.buat elok2 k,jangan takut2 pulun je.. “
” Tone sedap.Tebal.Ada iras2 suara arwah ayah dia..kene polish je lg… Semoga berjaya Hadie.. lembut dan merdu suara Hadie.. “
” Masya Allah sedapnya suara lemak lunak masculin.. lenggok tu dah kena dah tu.. moga Hadie berjaya Dunia akhirat.. good luck and try your best.. doa bnyk2 ya.. “
” Terubat rindu pada suara arwah SS.. iras sikit suara SS.. Teringat video Hadie berselawat dengan ayah dan Sallman.. “
” Alhamdulillah dapat dengar lagi.. mmg aunty suka zikir ni waktu awak dgn arwah ayah dendangkan.. first acik tgk hadie ngan arwah ayah lagu ni la… time Tu tgh dodoikan ank… alfatihah buat arwah.. “
” Ya Allah, rindu nak dengar lagi Hadie dgn salman nyanyi dengan arwah ayah.. semoga pahala utk arwah ss. akk pun dah hafal sbb tgk vtt ss.. “
” Teringat hadie dan adik-adik selawat dengan arwah SS dulu.. merdu sangat.. Allahu merdunya suara Hadie.. jom selawat korang, jgn miss selawat, tanda sygkan rasulullah s.a.w.. “
” MasyaAllah acik selalu bagi anak anak hafal selawat ibrahimiah cara korang anak beranak… sebak pulak dengar.. terngiang-ngiang suara arwah SS.. Lama dah tunggu Hadie alun selawat ni.. “
Alunan selawat yang mendamaikan dan membuatkan ramai teringatkan kepada Suhaimi. Suara Hadie juga semerdu suara ayahnya itu. Semoga perjuangan Hadie untuk menjadi seorang anak yang soleh dan muslim yang baik dirahmati Allah dan good luck untuk TTMM nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hadie FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen