Artis / Selebriti
” Sebak tengok gambar dan baca kapsyen macam ni. Ada sesuatu yang Faz tak terluah.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Terbaru Fazura Di Akaun Instagramnya Buat Ramai Tersentuh. Gambar Dengan Fatima Aisya Lagi Bikin Ramai Sebak. Stay Strong Fazura Dan Fatima !!
Menurut laporan Berita Harian, pelakon dan usahawan, Fazura telah pun menfailkan penceraiannya terhadap Fattah Amin hari ini. Fazura tidak hadir sendiri ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari , Shah Alam tetapi diwakili oleh peguamnya.
Desas desus keretakan rumahtangga Fazura dan Fattah sudah bertebaran sejak beberapa bulan yang lalu kerana tidak lagi berkongsi gambar bersama. Namun pada ketika itu, Fazura menegaskan perkahwinannya bersama Fattah dalam keadaan baik cuma mereka mahu kan privasi.
Menerusi perkongsian terbaru Fazura di akaun Instagramnya, sekeping gambar Fazura dalam mode hitam putih telah pun dimuatnaik. Kata-kata yang Fazura coretkan di ruangan kapsyen mendapat perhatian ribuan peminat yang prihatin terhadap Fazura.
‘ It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you’, itu yang tertera pada posting Fazura. Turut sama kapsyen sedih dicoretkan di Instagram anaknya, Fatima dan gambar wajah anak dan ibu ini yang dalam kesedihan membuatkan warganet turut tersentuh.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allah Faz, betul ke berita yang keluar. hope masih dpt d selamatkn perkahwinan ini… Moga fazz baik2 saja.. “
” Not sure what you’re going through Kak Faz.. tapi ada sesuatu yang tak terluah… Wherever u are, I hope you’re always calm, healthy & happy.. “
” Sebak pulak kita sebagai ibu nie tgk gmbr dgn baca caption mcm nie.. semoga Allah permudahkan segala urusan Fazura dan Fatima.. “
” Allaahu aku pun sedih… inikan pula yg menanggung. Awak moga Allah mempermudahkan urusan. sedih tengok muka Nyamma tu.. “
” Kenapa faz… awak buat air mata saya mengalir arini…saya terkejut.. semoga dipermudahkan segala urusanmu.. “
” Fazura strong. may Allah ease everything. I love you kak faz no matter what. Dulu sampai skrg . Ada kontroversi ke takde kontroversi ke I selalu love kak faz . My favourite artis.. “
” Allah is the best planner and faz accept it. Stay stong queen, u have ur doter with u.. . insha’Allah yang manis2 untuk kak Faz for the future.. “
Sedih yang melihat, namun sedih lagi tuan empunya badan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fazura dan Fatima. Apa jua yang terjadi, ramai yang setia dan menyokong setiap langkah yang Fazura bakal lakukan. Semoga Allah berikan segala kekuatan hati dan jiwa untuk Fazura, Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura, IG Fattzuralovelife, Portal BH Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen