Artis / Selebriti
” Sebak tengok masa Ayden peluk adik tu. Sedih juga baca kapsyen Didi.. ” – Komen Netizen

Didi Astillah kongsi video reaksi anak-anak Bella Astillah ketika menonton mommy mereka menerima anugerah buat ramai tersentuh. Happy betul Ayden dan Ara tengok mommy menang. Lagi bertambah sebak baca kapsyen yang Didi tulis..
Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal. Pelbagai dugaan yang perlu dihadapi apa lagi jika mempunyai anak-anak yang masih kecil. Bella Astillah antara selebriti berstatus ibu tunggal yang selalu menjadi perhatian ramai. Bella mempunyai 2 orang anak iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram adiknya, Didi Astillah telah dimuatnaik beberapa buah video yang memaparkan reaksi Ayden dan Ara ketika menonton TV dan melihat mommy kesayangan mereka itu menerima anugerah. Ketika nama Bella disebut sebagai pemenang, melompat-lompat kegembiraan Ayden dan Ara.
Satu rumah riuh dengan suara mereka terjerit-jerit memanggil mommy. Gembira mereka bukan kepalang lagi kerana mommy berjaya meraih kejayaan. Kapsyen Didi yang bercerita mengenai kehidupan Bella dan anak-anaknya ini juga menyentuh hati warganet.
Ara dan Ayden adalah sumber kekuatan untuk Bella untuk bertahan dalam perjuangannya. Biar ramai yang mengecam dan mengatakan yang bukan-bukan tentang Bella, wanita berjiwa besar ini terus melangkah ke hadapan demi masa depan anak-anak. Malah Ayden dan Ara selalu berbangga dengan mommy mereka itu.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Em comel sangat.. hilang lah apa pun di dunia ini, asalkan jangan anak anak kan. semoga yang baik-baik je utk awak.. percaya ALLAH dh tetapkan rezeki masing-masing.. “
” Betapa bangganya Ayden dn Ara pd momynya.. menampakkn hubungan ksihsyg pd keduanya.. berpelukan gembira.. trus kuat bella.. “
” Sedihnyaaaaa caption.. Semoga bella terus kuat dan maju dimurahkan rezeki untuk besarkan Ayden n Ara aminnnn.. “
” Cute reaction everrrr.. Salute n bangga dgn bellaastillah kuat semangat dan sentiasa berusaha n kerja kuat demi anak2 n family.. “
” Semoga Bella sentiasa kuat tabah menghadapi ujian hidup dapat mejalankan hidup yg bahagia dunia dan akhirat bersama anak2 dan keluarga.. “
” Untung bella ada adik yg sgt protective. Semoga didi sntiasa berjaya & bahagia.. Ayden punya jerit geram bah. excited betul nampak Mommy dia.. “
” Ya Allah ayden… abang sangat awak… pelindung sangat… sebak tengok masa dia peluk adiknya tu.. “
” Comelnya ank2 bella ni.. Terharu tengok anak-anak bella happy.. Big supporter untuk kekuatan mummy mereka.. “
Tumpang gembira dan dalam masa yang sama terselit sebak di hati warganet membaca perkongsian Didi. Segalanya yang Bella lakukan untuk melihat Ayden dan Ara membesar dengan selesa dan tidak rasa kekurangan. Semoga Ayden dan Ara menjadi anak yang soleh solehah untuk mommy dan selalu menjaga mommy sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Didi Astillah, IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen