Artis / Selebriti
” Sebelum kahwin dengan suami saya, nenek cakap tak suka dia sebab.. ” – Maryam You Narae

Perkongsian Maryam You Narae mengenai neneknya yang tidak suka Ryzal Ibrahim sebelum berkahwin. Ayat last kapsyen Maryam buat ramai terhibur. Alamak straight to the point betul Nenek Maryam, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pempengaruh media sosial, Maryam You Narae telah berkongsi beberapa gambar terbaru suaminya, Ryzal Ibrahim. Menerusi gambar-gambar tersebut, kelihatan Ryzal sedang duduk di atas katil memakai vest berwarna pink.
Tulis Maryam, sebelum mendirikan rumahtangga dengan Ryzal, nenek Maryam tidak suka Ryzal. Kata nenek Maryam, Ryzal seperti orang yang tidak cukup makan gara-gara badannya kurus dan kelihatan begitu kecil. Namun, selepas mereka berkahwin, perasaan nenek Maryam mula berubah.
Nenek Maryam semakin menyayangi Ryzal, Jika Ryzal pulang ke Korea, nenek Maryam akan menyediakan selimut dan memberikan vest kesayangannya kepada Ryzal agar Ryzal tidak kesejukan sepanjang berada di rumah. Seloroh Maryam, neneknya mungkin baru tahu yang suaminya seorang yang sangat comel dan sebab itu mula menyayangi Ryzal.
Perkongsian terbaru Maryam ini telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan melihat Ryzal memakai vest nenek Maryam sudah seperti menonton drama Korea. Malah, ada yang memuji vest nenek Maryam kelihatan cantik. Sehingga kini, posting yang dimuatnaik oleh Maryam ini menerima lebih 47 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Maryam dan terhibur dengan apa yang ditulis oleh Maryam. Antara komen-komen menarik adalah :
” Siot la takut suami saya m4ti, comel la nenek Maryam.. Hahaha.. Warna vest tu dah cute plk bila Ryzal pakai, hahahaha.. “
” Bukan Rizal je dapat selimut, aircond pun ada selimut sendiri.. Straight to the point terus “ takut m4ti” , hahaha kelakar lah Maryam ni.. “
” Comeii nenek,yalahh.. Malaysia hujan berturut turut pun dah sejuk sampai ke tulang , nii Korea dah musim salji pulak .. “
” Hahahah caption Maryam memang kelakar sangat, hahha.. Maryam punya statement memang menghiburkan, only the brave man wear pink.. Pink ke tu.. “
” Alololo Ryzal pun kemain lagi posing cute dengan vest pink nenek, hahahahaa.. So sekarang Ryzal dah jadi cucu palingn nenek sayang lah kan.. “
” Inilah yg dikatakn…. Tak kenal maka tak cinta.. Mungkin nenek Maryam baru sedar selepas kahwin, Ryzal sebenarnya seorang yang comel, hahaha.. “
” Hahahahahaha lawak lah Maryam ni.. Ye lor. Vest ni selalu la makcik2 or nenek2 dlm drama Korea pakai. Hahaha.. “
Kaspyen Maryam memang kelakar, patut lah ramai yang terhibur. Comel sungguh layanan nenek Maryam untuk cucu menantu tersayang. Apa-apa pun, selamat bercuti Maryam sekeluarga di kampung halaman dan selamat menikmati musim saji di Korea.
Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen