Artis / Selebriti
” Sebenarnya sekarang ni saya sedang mencari seorang wanita.. ” – Fattah Amin

Video Fattah Amin menerangkan kriteria wanita yang sedang dicari buat ramai teruja. Amboi Bamtah, ciri-ciri tu semua macam ngam je dengan Amira Othman. Wah Amira pun ada komen lah, ehem ehem..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah memberitahu yang dirinya sedang mencari seorang wanita. Fattah menyebut ciri-ciri wanita yang dicarinya itu dan menerangkan dengan lebih lanjut.
Antara ciri yang dicari adalah wanita berusia 30an, bijak , ceria dan boleh membuat hosting. Sekiranya wanita itu ada kelebihan lain seperti pandai menyanyi atau berlakon, ianya adalah satu bonus. Mendengar sahaja ciri-ciri yang disebutkan oleh Fattah itu membuatkan ramai di kalangan warganet terbayangkan seorang selebriti ini.
Tidak lain dan tidak bukan, penyanyi cantik Amira Othman. Terlalu banyak gosip yang viral di media sosial mengaitkan Fattah dan Amira. Sejauh mana kebenarannya masih belum terungkap dan hanya Fattah dan Amira sahaja yang lebih tahu status hubungan mereka.
Di ruangan komen, ramai yang tag nama Amira. Lebih menarik apabila Amira juga turut meninggalkan komennya di posting Fattah ini. Semakin ‘meriah’ warganet mengusik Fattah dan Amira. Sebenarnya ciri-ciri wanita yang Fattah cari adalah untuk menjadi live host produk Pak Mat Western.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Memang Amira lah yang paling sesuai.. Fattah tentu dah boleh rasa lega ada calon yang paling sesuai dah berminat.. “
” Amira othman full package la kot hehe.. Elehhhh padahal nak cari jodoh kan kan.. Pandai pak mat ni kan.. “
” Korang takyah nk sebuk2 update resume k.. calon dah ada cuma iklan ni saja buat cukup syarat je.. sama macam keja gobermen gak.. “
” Amira othman lar orgnya.. Korang SEMUA takyah bertanding Amira dah menang.. ciri-ciri tu memang ngam betul dengan Amira hehe.. “
” Semua adalah Amira Othman punya ciri tu Fattah, haha.. Fattah amik Amira Othman lah cukup pakej dan ciri2 yg dikehendaki mesti meletop bergandingan dgn Fattah.. “
” Ni ciri2 nk cari staff Pak Mat ke atau bgtau ciri2 waniter yg dh mengetuk pintu hati mu. chia chia chia.. “
” Bijak, beradab, bujang, bakat menyanyi, host, ceria semua ada pada Amira Othman.. pandai Fattah cover eh hehe.. kami approved sangat-sangat.. “
Komen Amira yang menarik perhatian warganet. Wah Amira pun berminat nampaknya dengan pencarian Fattah itu :
Amboi ciri-ciri yang Fattah sebutkan memang wanita yang ada pakej lengkap. Semakin seronok warganet menyakat Fattah dan Amira kerana ciri-ciri tersebut. Apa-apa pun, ini adalah untuk projek Pak Mat Western dan semoga yang ada kriteria seperti yang disebut memohon dengan segera. Siapa tahu anda lah wanita yang Fattah cari.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen