Artis / Selebriti
” Sedapnya Amira dan siblings menyanyi. Pergh trio terbaik ni, lunak sangat.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman dan adik-adiknya, Haiqal Iskandar dan Irfan Haris menyanyi lagu hits Amira, Dalam Sujudku raih pujian ramai. Gemersiknya suara Amira, suara Irfan dan Haiqal pun merdu. Best sangat paduan suara 3 beradik ni..
Tidak hanya Amira Othman, tetapi adik beradiknya juga mempunyai bakat dalam nyanyian. Antara adik beradik Amira yang selalu merakamkan lagu cover adalah Irfan Haris dan Haiqal Iskandar. Irfan lebih menyerlah dan dikenali oleh pencinta dunia seni hiburan tanahair.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Irfan Haris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira, Irfan dan Haiqal memenuhi permintaan viewers untuk mendengar nyanyian mereka ketika live. Lagu yang dipilih adalah lagu hits terbaru Amira berjudul Dalam Sujudku.
Suara Amira tidak dapat dinafikan merdu dan ada auranya tersendiri. Warganet memuji suara Amira dan mengatakan suara Amira menyanyi live lebih sedap berbanding versi rakaman studio. Irfan dan Haiqal juga tidak kurang hebatnya tone suara mereka.
Memetik komen warganet, trio adik beradik The Othman ini ada tarikannya tersendiri. Ramai juga yang meminta agar Amira membawa bersama Irfan dan Haiqal sebagai undangan khas dalam showcasenya yang dirancang untuk diadakan pada tahun ini. Tentu meriah showcase jika ada jemputan khas adik beradik Amira.
Jom tonton video di bawah :
@irfannharis Replying to @araf_nurr kita cuba try test nyanyi dengan owner lagu sendiri🤭 @Amira Othman @Haiqal Iskandar
Irfan cover lagu Amira :
@irfannharis yeke cinta akak terbunuh? @Amira Othman macam tak je neyy #dalamsujudku
Haiqal cover lagu Amira :
@hqlskndr Dalam Sujudku – @Amira Othman
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Finally Amira Othman got the right song for her. Merdu sangat. luv.. nanti buat Showcase,ajak sekali Tau Dak Ipan Dan Dak haiqal ek.. “
” Boleh namakan showcase The Othman’s.. mira mmg penyanyi sebenar.. rekod dan live sama sedap.. sedap suara mira dengan adik beradiknya.. “
” Awhhh siblings bertiga ni memang the sweetest sangattt demi fans.. sedap suara mira, gemersik dia tu lain.. tak pernah tak sedap. Irfan dan Haiqal pun power.. “
” MasyaAllah… gandingan trio yang harmonis dan sedap didengar.. Yang paling mahal yg main guitar kat belakang tu.. “
” Masya Allah halwa telinga.. lagu ni terlalu sedap untuk didengar.. suara haiqal sedap betul.. irfan, mira , haiqal gabung memang padu.. “
” Wah berbakatlah semua.. banyakkan cover bertiga, best dengar.. terbaik suara trio adik beradik ni.. gemersiknya suara Amira.. “
” Sedapnya.. Amira dan sibling nyanyi.. Pergh trio terbaik ni.. Very talented trios.. melting dengar, lunak sangat.. versi live lagi sedap ni.. “
Baik versi asal oleh Amira, mahu pun versi lelaki daripada Irfan dan Haiqal, semuanya sedap didengar dan menusuk ke hati pembaca. Boleh katanya semua adik beradik Amira berbakat dalam nyanyian. Semoga sewaktu showcase Amira nanti bakal ada penampilan khas daripada adik beradik Amira.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Irfan Haris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen