Artis / Selebriti
” Sedapnya laungan azan Arun. Dua beradik sama-sama hebat suaranya.. ” – Netizen

Perkongsian Video Abang Amir Sisi, Arun Sisi Memperdengarkan Laungan Azannya Kepada Ustaz Tarmizi Raih Pujian Ramai. Wah Suara Arun Pun Sedap, Merdu Dan Beralun. Bakal Muazzin Hebat Ni, Insha Allah !!
Di sebalik kejayaan Amir Sisi, ada keluarga dan guru-gurunya yang setia dan sentiasa memberi sokongan. Setiap kali Amir ke mana-mana program, pasti salah seorang abangnya akan mengikuti untuk menjaga dan memastikan Amir okey dan bersemangat untuk melangsaikan tugasannya.
Memandangkan Amir ke studio rakaman untuk rakaman program Ramadhan bersama Ustaz Tarmizi, cikgu Amir memberi peluang kepada abang Amir, Arun Sisi untuk merasai suasana berada di dalam bilik rakaman. Arun berpeluang memperdengarkan suaranya mengalunkan azan kepada Ustaz Tarmizi.
Sebagaimana Amir, Arun juga dikurniakan Allah suara yang merdu dan sedap didengar. Lenggok azan Arun membuatkan Ustaz Tarmizi juga kagum. Komen warganet, tenang mendengar azan daripada Arun itu. Jika digilap dan diketengahkan lagi, pasti Arun boleh mencapai kejayaan seperti Amir.
Bagi yang mengikuti media sosial Termoj pastinya pernah mendengar suara alunan azan Arun ini. Ada salah satu video yang diterbitkan oleh team Termoj memaparkan suasana rimba diiringi suara azan Arun. Memang sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@termoj.production6 Kita bagi Arun sekali masuk bilik rakaman,mana tau rezeki dia jugak..#tiktokdakwah #amirsisi #fypシ #termojproduction #diaridaripedalaman @amirunukofficial @TarmiziAbdRahman
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara pujian yang diberikan oleh mereka kepada Arun yang dapat kami kongsikan :
” MasyaAllah… suara Arun merdunya…. Adik beradik Unuk amirunukofficial semua suara sedap… tak emaknya mesti ayahnya yang bersuara merdu ni ke dua-dua sekali.. ”
” MasyaAllah… sedapnya laungan azan arun. Bakal pencetus ummah semalaysia ni… semoga ada rezeki arun berjaya mcm unuk.. ”
” Alhamdulillah.. Allah kurniakan adik beradik amir mempunyai suara yg lunak dan merdu.. semoga Allah bukakan rezki seluasnya utk Arun.. ”
” Anugerah Illahi ni semua Adik beradik punyai suara yang sedap. dua beradik sama-sama hebat suaranya.. Alhamdulillah.. ”
” Alhamdulillah. semoga arun terang hatinya dan belajar sungguh-sungguh ye arun. In Shaa Allah kejayaan milikmu arun dengan rahmat Allah.. ”
” Masyallah Subhanallah Alhamdulillah merdu Arun n Amir.. moga jadi muazzin dan pendakwah hebat satu hari nnt.. ”
” Sedapnya suara Arun alunkan azan, merdu sangat. Allah anugerahkan kelebihan suara buat adik beradik ni.. suara yang sedap beralun.. ”
Anugerah Allah kepada Arun, suaranya juga semerdu suara Amir. Tidak semua orang ada tone suara yang merdu dan bakat semulajadi. Andai ada rezeki Arun untuk melebarkan bakatnya, Alhamdulillah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semoga berjaya untuk Arun.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen