Artis / Selebriti
” Sedih tengok video ni, kenangan Thalita dengan ibunya ini mahal sangat.. ” – Komen Netizen

Video throwback Thalita berduet bersama arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin undang sebak warganet. Kenangan yang tidak akan dapat dilupakan oleh Thalita. Rupa-rupanya dari kecil lagi Thalita memang dah minat menyanyi..
Umum mengetahui yang penyanyi yang mempunyai suara merdu, Siti Sarah Raissuddin telah pun meninggalkan kita semua pada tahun 2021. Pemergian Siti Sarah membuatkan peminat-peminat masih terasa kehilangannya sehingga ke hari ini.
Meninjau di akaun TikTok milik iamwatie78, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan arwah Siti Sarah bersama anak perempuan tunggalnya iaitu Thalita. Menerusi video tersebut, kelihatan Thalita pada ketika itu masih kecil sedang menemani ibunya membuat latihan menyanyi untuk sebuah konsert.
Kedengaran Thalita berduet bersama arwah Siti Sarah menyanyikan lagu bertajuk Jangan Kau Bermimpi. Perkongsian video ini telah mengundang sebak warganet. Ramai yang mengatakan menonton video ini secara tak langsung terus merindui arwah Siti Sarah.
Selain itu, ada mengatakan Thalita sejak kecil lagi mempunyai minat dalam bidang nyanyian seperti ibunya dan berharap suatu hari nanti Thalita juga akan menjadi penyanyi terkenal seperti arwah Siti Sarah. Sehingga kini, video throwback Thalita bersama ibunya itu telah ditonton lebih 570 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@iamwatie78 Al-fatihah✨ #thalitashuib #sitisarahraisuddin #alfatihah #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok #fypシ゚ #viralvideo
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsin video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku pula rasa sedih tengok video ni. Memang kenangan Thalita dengan ibu ni mahal sangat..Al Fatihah untuk arwah. Semoga Talita berjaya macam ibu.. “
” Aku bila nanyi lagu arwah Siti Sarah atau pun tengok kenangan semasa hidupNya jujur air mata ku tiba” jatuh.. Al-Fatihah buat mu.. “
” First dengar yg arwah meninggal selepas bersalin dua hari berturut turut aku nangis. Sebab sgt terasa pemergian dia.. Al Fatihah.. “
” Moga Talita selalu ingat pada ibu…. Walaupun mummy baik CM ibu.. Selalu kuat tau syg.. Aunty doakan moga Talita berjaya seperti ibu.. “
” Beruntungnya klu ada save video masa hayat.. Sbbnya boleh jgk di ulang2 utk lps rindu… Sy selalu dikecam gedik sbb suke record video dgn anak2.. ”
” Kadang ak lupa Siti Sarah dh tak da.. Cepatnya masa berlalu dh 5thn dh arwah pg.. Sebak tengok video ni, masa ni Talita masih kecil lagi.. “
” Rindu nya Siti Sarah…Even tak pernah jumpa tp mmg minat betul dgn Sarah ni . Tak sangka dan rasa kehilangan betul time tau dia menghembuskan nafas terakhir.. “
Semestinya kenangan ini menjadi satu antara yang terindah buat Thalita. Video itu juga sedikit sebanyak dapat mengubat rindu Thalita kepada arwah ibu tersayang. Apa-apa pun, semoga Thalita terus membesar menjadi anak yang baik dan didoakan semoga arwah Siti Sarah tenang di sana.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok iamwatie78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen