Artis / Selebriti
” Sekali aku pun menangis tengok Nenel, happynya dia.. ” – Komen Netizen

Video Bella Park buat kejutan memberitahu kehamilannya kepada suami dan anaknya buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok reaksi anak Bella, happy sungguh Nenel nak dapat adik. Macam-mana Nenel berleter kat ibu dia, haha..
Pempengaruh media sosial dan juga usahawan, Bella Park telah berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua. Bella memuatnaik video membuat kejutan memberitahu kehamilannya tersebut kepada suaminya, Haikal di akaun TikTok dan juga Instagram semalam.
Menerusi video itu, kelihatan Bella membawa sebuah bakul dan minta Haikal membukanya. Setelah melihat apa yang ada di dalam bakul tersebut, Haikal memberikan reaksi terkejut dan bertanya kepada Bella adakah ianya benar. Setelah mengetahui Bella sedang hamil, Haikal tidak dapat menahan sebak, lalu menangis sambil memeluk Bella.
Bella juga turut memuatnaik video berkongsi berita gembira tersebut kepada anak sulungnya, Nenel. Nenel yang berusia 10 tahun sangat teruja apabila mengetahui ibunya kini sedang hamil dan dia bakal bergelar seorang abang tidak lama lagi. Sekadar info, Nenel merupakan anak istimewa, autism.
Perkongsian video-video ini turut mengundang sebak pengikut dan peminat Bella. Ramai yang menitipkan doa agar Bella dan kandungannya dalam keadaan sihat selalu. Sehingga kini, video kehamilan Bella telah menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan kata-kata ucapan tahniah kepada Bella dan suami. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sekali aku pun menangis tengok Nenel, happynya dia.. Tahniah Bella, take care tau.. Semoga semuanya nanti dipermudahkan.. “
” Ya Allah Nenel punya reaction tu priceless sgt2.. Comelnya Nenel buat checklist dah kat mom dia.. Alhamdulillah, tahniah Bella dan Haikal.. “
” Wehhhh Alhmdulilah taniahh Bella Haikal.. Jaga baik2 semoga dipermudahkan yeayy Nenel ada geng dhhh.. Sukanya tengok reaction Nenel, nampak matang.. “
” Dari Bella cari buah asam dah agak , entah² ngandung c Bella ni, nahh sangkaan ku benar sekali. Tahniah Bellaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..”
” Alhamdulillah yayyyy tahniahh Bella, bestnyaa dengar berita gembira ni, sedih rasaaa.. Semoga Bella dan kandungan sentiasa sihat.. “
” Wehh tahun ni ramai yg ttc mengandung . Termasok saya yg ttc 3 tahun . Sekarang tengah mengandung . Saya doakan yg ttc akan cepat menyusul tauuu.. “
” Congrats kak bella sayaangg, happy for youuu dah agak sbb dok ngidam belimbing buloh bagai. Congrats kak bella.. “
Happy sungguh Nenel, memang ini yang Nenel inginkan setelah ibunya berkahwin beberapa bulan lalu. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Bella atas perkhabaran gembira ini. Semoga Bella dan bayi dalam kandungan terus diberikan kesihatan yang baik sehinggalah proses bersalin nanti serta segala urusan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG bellapark12
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen