Artis / Selebriti
” Semalam dia yang bagi ending, dia jugak yang tak boleh handle.. ” – Zira Ayub

Video Nabil Ahmad tidak dapat menahan sebak ketika menonton episod 35 drama Andai Tiada Dia. Part masa Falah menghembuskan nafas terakhirnya meruntun hati ramai. Nabil pun menangis, sebak sangat..
Drama fenomena yang hangat diperkatakan sekarang iaitu Andai Tiada Dia semakin menghampiri pengakhirannya. Semalam telah bersiaran episod 35 dan episod ini yang paling berat serta menyedihkan untuk penonton setia drama rantaian ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat pengacara popular, Nabil Ahmad ketika menonton drama itu semalam. Pada perkongsian terdahulu, Nabil ada memberitahu ramalannya untuk ending drama ini dan ternyata ramalan Nabil betul-betul menjadi kenyataan.
Perginya insan bernama Falah membuatkan ramai yang menangis. Lakonan Ummi Nazeera penuh penghayatan, begitu juga ekpresi wajah Zahiril Adzim memberikan impak besar dalam episod itu. Kata Zira, semalam Nabil yang memberi ending sebegini tetapi alih-alih malam itu Nabil sendiri tidak dapat mengawal perasaan sedihnya.
Boleh dikatakan semua yang menonton menangis melihat Falah menghembuskan nafas terakhirnya. Saat Suri membacakan syahadah di telinga Falah dan diakhiri dengan hembusan nafas Falah mengakhiri episod semalam. Nabil pun boleh menangis, apatah lagi penonton-penonton wanita yang lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cuba untuk redho ni ketua mati, banjir 1 rumah. Aku ingat aku je, Nabil pun sama la weh. Ketua dah buat ramai yang sedih malam ni.. “
” Bukan Haji Nabil je.. satu Malaysia ni nangis sebab Falah.. tolong roger pengarah hidupkan balik falah. Apalah ertinya tengok cerita ni falah dah takde.. “
” Sedihkan, memang menangis wey.. Mata tiba-tiba berhabuk.. teresak-esak jugak lah aku nangis, sedih benar episod ni.. “
” Aku auto nangis sampai habis kot, kesian gila dekat falah.. berjurai airmata dari awal sampai kul 11.. “
” Haji Nabil nangis sungguh ka tu … hati tissue juga.. nak cover nangis lah tu Bil.. sampai ke sini terasa.. “
” Betul erk ending yang nabil bagi semalam, memang jadi. tapi dia sendiri pun tak leh handle air mata, apa lagi kita yang memang hati tisu.. “
” Aku ingat aku je terkesan , rupanya nabil pun samaaa.. Haji sampai berair mata, sedih kan tak redha jugak.. Aduh apa ni.. “
” Lelaki pun nangis apa lagi kita yang perempuan ni. Tak boleh terima falah mati.. Setiap yg brnyawa pasti merasa mati..tp drama ni mmg terbaikkk.. “
Bukan hanya penonton di kalangan wanita yang menangis melihat babak ini semalam, lelaki pun boleh gugur air mata jantan mereka itu. Hebat sungguh lakonan Zahiril dan Ummi, ada kalanya membuatkan penonton tumpang bahagia, namun adalakalanya membuatkan ramai mengalirkan air mata. Sabar Haji Nabil, kita kena redha dan relakan Falah pergi untuk selama-lamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabilzira, Tiktok Andaitiadadia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen