Artis / Selebriti
” Semalam video Watie dah sedih. Hari ni video macam ni pulak Shuib tunjuk.. ” – Komen Netizen

Video throwback reaksi Shuib, Watie dan anak-anak ketika melihat keputusan pregnancy test Watie buat ramai tersentuh. Seronoknya semua bila tahu mummy hamil. Part Watie menangis paling touching sekali..
Semalam, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah telah pun mengesahkan mengenai keguguran kandungannya dan ianya meraih simpati daripada semua wargamaya. Berat mata memandang, berat lagi Watie yang memikul rasa sedih kehilangan.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Shuib dan Watie, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan ketika Watie, Shuib dan anak-anak mengetahui Watie hamil. Kejadian itu terjadi ketika mereka sekeluarga berada di tanah suci Mekah mengerjakan umrah.
Pada paparan video tertera tarikh 5 April 2025 dan semua kelihatan teruja untuk mengetahui hasil ujian kehamilan Watie. Alat ujian itu diletakkan dalam kotak dan Shuib yang ditugaskan untuk membuka kotak tersebut. Matin, Uwais, Thalita dan Ayash turut berteka-teki sama ada mummy mereka hamil atau tidak.
Selepas Shuib melihat keputusan tersebut, tiada kata yang keluar daripada mulut Shuib dan Shuib terus memeluk Watie. Walaupun ini bukan pengalaman pertama Shuib kerana sudah ada 4 anak, namun ianya berbeza dan meninggalkan memori. Tersentuh hati semua melihat Watie menangis sambil memeluk Shuib.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sabar ye eb watie.. in sha allah ada rezeki lain nanti.. keep strong mmy watie ye.. Anak syurga ib.. rezeki korang berdua.. “
” Sedihnya tengok Watie nangis.. Watie ni paling susah nak tengok dia nangis.. Ikhlas nye nampak kak watie dgn anak anak ibu . Semoga ade rezeki lagi rainbow baby utk kak watie lepasni.. “
” Allahuakbar. Sy pon sama keguguran ketika berada d mekah. Hr terakhir d Mekah sy doa puas2 agr Allah gantikan kesedihan ni dgn kegembiraaan yg lain.. “
” Semalam video watie umum “ibu disana jaga bintang mummy”… Sedih macam tu jelah. tapi harini, video macam ni plak shuib tunjuk.. Allahuakbar mengalir airmata.. “
” Percaya la akan ada “rainbow baby” after this..I used to be “there before”..stay strong, everything will be just fine.. “
” Alaaaaaa sedihnya. Muka bahagia kak manja tu.. Allah akan ganti yg lebih baik lepas ni in shaa Allah… ramai mendoakan untuk dirimu . Cepat sembuh. We all miss u.. “
” Alaaaa sedih pula tengok bonding family ni, sedih sebab kite nampak anak2 semua syg mommy dia.. Bintang akan sentiasa bersinar dalam hati mummy. Insyaallah ada rezeki lain nanti.. “
Pastinya ramai yang tersentuh dan menangis melihat reaksi Watie, Shuib dan anak-anak. Tetapi sudah tertulis, belum rezeki Watie dan Shuib untuk menambah anak. Insha Allah, masanya pasti sampai dan Allah akan beri segala yang terbaik untuk Watie dan Shuib.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen