Artis / Selebriti
” Semua dia bedal jawab Dato’ Siti Nurhaliza, comel giler lah Afwa.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Anak Dato’ Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Bermain Game Q&A Bersama Kakak Iparnya, Tya Arifin Buat Ramai Terhibur. Lawak Lah Afwa, Semua Soalan Dia Jawab Dato’ Siti Nurhaliza. Berdekah Semua Gelak, Peminat Ibu Nombor Satu Ni, Hehe !!
Bagi yang mengikuti Tya Arifin pasti mengetahui yang Tya sering memuatnaik video perkembangan keluarganya di channel YouTube. Pelbagai video dimuatnaik oleh Tya dan sehingga kini, channel Tya yang diberikan nama sebagai THE TYA’S FAMILY mempunyai 713 video.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Tya telah dikongsikan video yang memaparkan satu video terbaru yang memaparkan Tya mengisi masa bersama anak-anak, anak saudara dan juga adik iparnya, Aafiyah serta Afwa dengan bermain game bernama Q&A.
Menerusi video tersebut, kedengaran Tya bertanya pelbagai soalan seperti nama-nama ahli keluarga mereka, umur dan lain-lain lagi. Namun, apa yang mencuit hati adalah melihat gelagat Afwa yang turut teruja untuk menjawab soalan yang diberikan oleh kakak iparnya itu.
Semua jawapan yang diberikan Afwa adalah ‘Dato’ Seri Siti Nurhaliza’ dan mendengar jawapan tersebut, semua yang ada di situ berdekah ketawa. Sehingga kini, perkongsian video oleh Tya ini menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini (tonton video penuh di hujung artikel) :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan telatah Afwa ketika bermain game tersebut dan pelbagai respon diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Semua dia bedal jawab Dato’ Seri Siti Nurhaliza, comel g1ler lah Afwa.. Cerdik lah Afwa, maybe dia selalu dengar kot orang panggil ibu dia macam tu, hehe.. “
” Afwa kenal yg famous je dato Siti Nurhaliza…. Org lain dia tak kenal sbb tak fmous.. Afwa comel g1lerrrr.. No wonder Siti selalu uli donut fav Afwa hahahaha.. “
” Hahaha, Afwa mgkin dh biasa reporter yg asyik sebut Dato’ Siti Nurhaliza. Terikut2 dh. Yg bagusnya dia tahu Ayahnya nama Khalid dan usianya 3 tahun. Bilangan anak buahnya shj yg salah.. “
” Pemenangnya ialah Afwa.. Well trained afwa… Hahahaha semua endorsed atas nama ibu. Sekali aku pun berdekah dengar Tya ketawa, haha.. “
” I believe everyone focus to Afwa.. Lain yg di tanya lain di jawab… MashaAllah. Cute la Afwa.. Kejap betul dia dah besar kan, hehee.. “
” Hahahahaha rasa nak gigit Afwa, hahahahahaa.. Jawapan dia memang kelakar sangat.. Konfiden tu paling mahal sekali, hahahaha.. “
” Haha.. Afwa khaled is winner. He is very obsesse with his mom.. Huhu masyaAllah, cute sangat tengok Afwa bila bercakap.. “
Alahai geram tengok telatah Afwa, spontan jawapan yang diberikan oleh Afwa, comel sungguh. Apa-apa pun, sangat menarik game yang dibuat oleh Tya kerana ia dapat meningkatkan daya ingatan kanak-kanak untuk lebih mengenali semua ahli keluarga mereka.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG tyaarifinnw, ctdk, YouTube channel THE TYA’ S FAMILY
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen