Artis / Selebriti
” Semua family macam arwah Siti Sarah, adik kepada Miza ada iras muka Matin.. ” – Netizen

Video Makder Memperkenalkan Ahli Keluarga Adik Miza Seorang Demi Seorang Raih Perhatian Warganet. Ingatkan Miza Dan Ayah Miza Je Seiras Dengan Arwah Siti Sarah Dan Raissuddin Hamzah, Adik Miza Pun Nampak Seiras Dengan Anak Ketiga Shuib, Matin !!
Kisah kanak-kanak yang memiliki wajah seiras seperti penyanyi arw4h Siti Sarah Raisuddin telah menjadi viral di media sosial. Kanak-kanak tersebut yang dikenali dengan panggilan Miza ini telah pun bertemu dengan keluarga arwah Siti Sarah baru-baru ini.
Ayah arwah Siti Sarah, Raissuddin dan isterinya, Makder telah pun pergi ke rumah Miza untuk melihat dengan sendiri wajah Adik Miza. Akui Raisuddin, Miza bukan sahaja memiliki wajah yang sama, malah ada perwatakannya juga turut sama seperti arwah Siti Sarah.
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok Nrulscha telah berkongsi satu video yang memaparkan Makder memperkenalkan ahli keluarga Miza. Menerusi video tersebut, telah dikongsikan wajah ibu, atuk, ayah dan adik lelaki Miza.
Perkongsian ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yangg mengatakan wajah adik lelaki Miza seiras seperti anak ketiga Shuib iaitu Matin. Sehingga kini, video yang memaparkan wajah-wajah ahli keluarga Miza ini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
@nrulscha Replying to @hakim16.6 Family Adik Miza❤️ #AllahMahaBesar #shuibjumpaadikmiza #alfatihahsitisarah #sitisarahraissuddin #makder #adikmiza #tudungsitisarah #loveta #ibubapaadikmiza
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Semua family macam arwah Siti Sarah, adik kepada Miza ada iras muka Matin.. Ayah Miza tu memang c0py paste ayah Siti Sarah betul.. “
” Ayah Miza mcm ayah arwah Siti.. Adik Miza macam Matin.. Kecilnya dunia ni.. Semoga ikatan kedua keluarga ini akan terus akrab.. “
” Comel mak Miza, atuk Miza pun muda lagi rupanya.. Ayah Miza sebiji Raisuddin masa muda lah.. Hebatnya kuasa Allah.. “
” Ni kalau cakap adik beradik Pak Cik Raisuddin yang terpisah sejak kecil pun orang percaya, hehehe.. Memang sebji betul.. “
” Rezeki Allah syukur Allah Alahamdulillah amiiin… Tgk Adik Miza ni terus rindu dengan arwah Siti Sarah, al fatihah buat arwah Siti Sarah.. “
” Adik dia pun ada muke anak Shuib, Matin.. Yang blkg tu bayangan Raisuddin Hamzah masa muda, hahaha.. Comel tgk semuanya.. “
” Sekeluarga ada gaya keluarga pakcik Raisuddin.. Ayah Miza ada iras ayah arwah Sarah no wonder la Adik Miza ada iras arwah Sarah.. “
Wajah ayah Miza memang nampak seperti wajah Raisuddin ketika muda dahulu, manakala atuk Miza pula kelihatan masih sihat dan muda lagi. Hebat betul kuasa Allah, keluarga Raisuddin dapat bertemu dengan keluarga Miza ini sekurang-sekurangnya Raisuddin sekeluarga dapat melepaskan rindu kepada arwah selepas melihat wajah Miza.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok nrulscha, IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen