Artis / Selebriti
” Semuanya cantik dan handsome boy.. ” – Netizen

Gambar Anak Dat0′ Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Dan Muhammad Afwa Bergambar Bersama Anak-Anak Saudara Raih Perhatian Warganet. Nanti 20 Tahun Lagi Posing Sama Macam Ni Tau, Comel Sangat Semuanya !!
Selain Dato’ Seri Siti Nurhaliza, anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa turut menjadi perhatian warganet. Apa sahaja perkongsian terbaru mengenai kedua mereka di laman media sosial pasti menjadi perbualan kerana ramai yang suka melihat gelagat comel Aafiyah serta Afwa.
Meninjau di akaun Instagram muhdafwakhalid, telah dimuatnaik satu gambar terbaru Aafiyah dan Afwa bersama anak-anak saudara mereka. Menerusi gambar itu turut ada bersama adalah anak pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia dan anak Tya Ariffin iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa serta dua lagi cucu Datuk Khalid.
Perkongsian gambar ini sekali lagi telah menarik perhatian para peminat Afwa dan Aafiyah. Ada yang mengatakan gambar Afwa bersama anak-anak saudaranya kelihatan begitu comel dan berseloroh meminta apabila mereka dewasa nanti untuk bergambar seperti ini lagi.
Bukan itu sahaja, ramai yang suka melihat senyuman Afwa kerana sebelum ini Afwa jarang-jarang senyum jika video mahupun gambarnya diambil. Sehingga kini, gambar tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian gambar ini dan memuji kecomelan Afwa dan yang lain-lain. Antara komen-komen menarik warganet adalah :
” Semuanya cantik dan handsome boy.. Nanti 20tahun Lagi posing sama mcm ni tau.. Cute betul Afwa senyum, hehe ger4m tengok.. “
” Such therapy looking at this pic.. Every pic of these adorable bunch never failed to amaze me.. Handsome betul anak teruna Tokti.. “
” Wahhh comel betul lah bila bapa saudara dan mak saudara muda lagi daripada anak-anak saudaranya, hehehe.. Afwa manisnya senyum.. “
” Big boy da Afwa.. Handsome uncle Afwa.. semua cucu Datuk K comel2.. Sama membesar sama2 nanti yer.. Alahaiiii cute tengok.. “
Alahai comel-comel semuanya. Afwa nampak bertambah handsome apabila memakai pakaian seperti itu. Dah nampak macam budak besar, lagi-lagi gayanya ketika bergambar. Sekejap sahaja rasa anak-anak Dato’ Siti ini membesar, Aafiyah saling tak tumpah seperti Dato’ Siti ketika muda.
Selain itu, Aafiyah yang baru sahaja berusia 5 tahun pandai bermain piano. Manakala Afwa sangat aktif dan lebih suka dengan aktiviti lasak serta berenang. Apa-apa pun semoga kedua mereka terus menjadi anak-anak yang baik buat kedua orang tua mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen