Artis / Selebriti
” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira dan Ezwan Zain bermain o-som untuk menentukan pulang beraya ke kampung siapa dulu buat warganet terhibur. Alahai comel je dua-dua, macam tu je nak tentukan balik raya mana. Tak ada nak gaduh-gaduh. Gelagat Mr E bila menang tu win, hehe..
Tahun ini pastinya mencipta kenangan baru untuk pasangan pengantin popular, Erra Fazira dan Ezwan Zain kerana dapat berhari raya bersama sebagai suami isteri. Fasa perkahwinan mereka ini berlalu dengan penuh kegembiraan dan Erra kelihatan bahagia bersama Ezwan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ross Areeni Official, telah dikongsikan satu sedutan video live Erra dan Ezwan. Banyak yang diperbualkan oleh pasangan ini sepanjang live mereka berlangsung. Sesi live yang santai dan penuh dengan gelak ketawa bersama rakan-rakan yang berada bersama mereka.
Menerusi video ini, Erra dan Ezwan bermain games O-som untuk menentukan hari raya pertama bakal diraikan di mana dahulu. Kampung Erra di Gombak, manakala Ezwan pula di Shah Alam. Sebanyak 3 kali pergerakan dilakukan oleh Erra dan Ezwan untuk menentukan siapa yang menjadi pemenang.

Gelagat pasangan ini bermain permainan ini mencuit hati warganet. Moment Erra membuat bentuk batu seperti ingin menumbuk wajah Ezwan menggeletek hati. Ezwan sendiri terkejut dan ketawa melihat gelagat isteri tercinta. Berbagai-bagai perangai kelakar Erra dan Ezwan dapat dilihat oleh warganet.
Jom tonton video di bawah :
@ross.areeni.offic Mr. E makin hemsem segak kemas bergaya sejak jadi suami primadona Ratu Cantik Malaysia🥰 @Fazira Wan Chek errafazira ezwanzain kuehcafe fypppppppppp
♬ original sound – Ross.Areeni.Official – Ross.Areeni.Official
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tau la,.. erra mane blh nak kalah, kan Haha.. Adoiiii erra ni , penatlah saya ketawa sorg².. “
” Shah alam – gombak..dekat jeeee.. sehari pon boleh patah balik.. syookkk laaaaa raya dekat-dekat.. “
” Ikut ketawa haha.. suka tengok era dgn suami. ni kali aku npk erra btl2 berdekah ktwa nya.. dekat je kampong nya sayang,,sehari bleh.. “
” Shomel erra manja sangat dgn sayang.. bahgia nya dia.. saya senyum seorang2.. senang sangat oo som je balik kampung sape dulu hehe.. “
” Suka nye tgk dua org. dgn aku2 gelak, comel je memasing..suka ah cm ni. Erra ni kelakar sebenarnya.. pasangan yg nayaman bnyak kelakar.. “
” Bahagia tengok Erra dengan Mr E ni. kita pun ikut ketawa tengok dorang bergurau macam tu. Sorang nak beraya gombak, sorang nk shah alam.. cute dua-dua.. “
” Shah Alam menang tapi hati-hati mr E, ada plot twist malam raya nanti tu haha.. lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang main games tu.. “
Pasangan paling bahagia dan menyenangkan warganet. Macam itu sahaja Erra dan Ezwan menentukan pulang beraya kampung siapa dulu. Semoga hari raya pertama Erra dan Ezwan sebagai pasangan suami isteri mencipta lebih banyak memori indah mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ross Areeni Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

