Connect with us

Artis / Selebriti

” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman

Video respon Amira Othman apabila ada yang mengecam mengatakan Amira berlebihan sweet dan menunjuk bahagia bersama Fattah Amin. Padat dan ada isi kata-kata Amira. Sila hadam elok-elok ye yang mengata Amira tu.. 

Semenjak Amira Othman berkahwin dengan Fattah Amin, semakin banyak kata-kata kecaman yang diberikan kepadanya. Walaupun ramai yang menyukai pernikahan Amira Fattah, namun ada juga yang kurang senang dan meninggalkan komen negatif di media sosial.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ailebiumuch_19, telah dikongsikan satu video yang memaparkan respon Amira apabila ramai mengecam mengatakan dia baru berkahwin namun menunjuk terlebih bahagia. Amira seperti selalu, jawapannya cukup matang dan tersusun kata-katanya.

Ianya normal untuk pasangan baru berkahwin kelihatan sweet bersama suami isteri. Amira sendiri merasa pelik mengapa ada yang berfikiran negatif seperti itu. Tambah Amira lagi, sepatutnya kita mendoakan kebahagiaan semua orang kerana itu akan berbalik kepada diri kita sendiri.

Amira juga mengatakan, dia melihat perkahwinan ibu dan ayahnya yang sudah berpuluh tahun namun Alhamdulillah ianya masih tetap sweet sehingga ke hari ini. Ianya juga satu inspirasi untuk Amira dalam melayari bahtera perkahwinannya bersama Fattah.

Jom tonton video di bawah :

@ailebiumuch_19

#amiraothman #fattahamin #live #fyp #abudhabi

♬ original sound – SₑcᵣₑT GᵢᵣL ᥫ᭡ – SₑcᵣₑT GᵢᵣL ᥫ᭡

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kak long tak kosong bila sembang santai.. orang bijak bila bercakap.. moga yg baik ja utk mira fatah.. “

” Masa mula2 kahwin ni lah kita ada peluang utk sweet lebih2 sbb masa masih byk utk pasangan..nti bila ad tu akan terbagi masa.. biasalah tu benda normal dalam perkahwinan.. pedulikan org2 yg ckp negatif2 tu.. mungkin mereka lupa utk bersyukur dgn perkahwinan yg sdh dibina.. “

” Orang yg befikiran nagatif di datang dari hati yg bermasalah. sucikan hati masing.suka tengok orang bahagia.doa yg baik2.. moga fatmira bahagia ke hujung nyawa.. “

” Setuju mira bijak dan matang lalui dengan tenang.. pedulikan mereka yang dengki dan tak boleh terima takdir Allah,awak orang baik memang akan ada la orang hati busuk benci dan iri hati semoga awak berdua bahagia dikurniakan anak2 yang comell dan bahagia sampai syurga.. “

” Bijak jawapan mu ianya memang benar apa yg di jawap..bukan kerja semua utk menentu kan masa depan.tak perlu iri.. jadi orang baik baik bak kata mira.. “

” “Kita jumpa di padang masyar ” .. haa mesti ramai giler yg merangkak cari fattmira.. bayangggkann.. tu ayat geram Mira tapi cukup sopan.. “

” Comell je kak long ckp “kita jumpa di padang mahsyar”.. setuju dgn kate2 amerah tu.. moga mira bhgia bersama fattah hingga kejanah amin.. “

Betul dan ramai yang bersetuju dengan kata-kata Amira itu. Hidup ini tetap ada pahit dan manisnya samada kita berkahwin atau pun tidak. Apa yang penting, bersihkan hati dan doakan sahaja yang baik-baik untuk semua orang. Jika tidak mahu komen yang baik-baik, lebih baik simpan sahaja komen yang menyakiti hati orang lain. Bertabah lah Amira.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ailebiumuch_19 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏥 Kesehatan: Kesehatan🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi💻 Teknologi: Teknologi📰 Berita⚽ Olahraga: Olahraga🎬 Hiburan: HiburanPendidikan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized