Artis / Selebriti
” So sweet, bersemut wall ni.. ” – Netizen

Datin Rebecca Nur Al Islam Kongsi Video Bersama Suaminya. Ucapan Romantik Dato’ Nur Azam Raih Perhatian Peminat. Alahai, Sweet Sangat Pasangan Ini !!
Pelakon dan juga usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam atau lebih mesra dengan panggilan Rebecca sudah tidak asing lagi di kalangan peminat. Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca TV namun Rebecca sering berkongsi perkembangan diri serta keluarganya di sosial media.
Hasil tinjauan di laman Instagram miliknya, Rebecca telah berkongsi satu video bersama suami tercinta, Dato’ Azam. Pasangan yang baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka bulan ini kelihatan manis berpakaian sedondon berwarna hijau.
Video tersebut di rakam sewaktu mereka berdua berada di dalam kereta. Gelagat Dato’ Azam yang memegang tangan Rebecca dalam video tersebut mendapat perhatian peminat. Rata-rata berpendapat pasangan ini sangat sweet bersama.
Kata-kata ikhlas yang diucapkan oleh Dato’ Azam kepada Rebecca juga buat Rebecca happy dan tersentuh. Wah, romantik betul Dato’ Azam ini. Semestinya Rebecca berjaya menjadi isteri dan ibu terbaik buat dirinya dan anak-anak mereka.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CKn_2z5Dwgr/
Gelagat dan ucapan romantik Dato’ Azam kepada Rebecca seharusnya dipuji. Peminat juga menyifatkan pasangan ini serasi bersama. Antara komen-komen mereka adalah :
” So shuweet, Bersemut wall ni, Sweet lah Dato, Sedondon yer, Sweet sgt niee.. “
” Very good hband. Syukuralhamdulillah… so loving beeca, Sweetnya.. “
Perkongsian Rebecca turut mendapat feedback daripada suami tercinta. Manis betul ayat-ayat yang diucapkan oleh Dato’ Azam buat isteri tersayang.
Untuk rekod, hasil perkongsian hidup Rebecca dan Dato’ Azam, pasangan ini telah dikurniakan 5 orang cahaya mata. 3 daripada mereka adalah perempuan manakala 2 lagi adalah lelaki. Rebecca juga turut mempunyai seorang anak angkat dan 2 orang anak tiri.
Seronok melihat pasangan dua sejoli ini, biarpun sudah lama mendirikan rumah tangga namun masih kekal romantik. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Rebecca dan suami sentiasa berbahagia bersama anak-anak tersayang sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rebeccanuralislam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen