Artis / Selebriti
” Suara Azmi vibe imam terawih, Hawa masuk terus berubah suara jadi garau.. ” – Netizen

Video Qawiy Aro Tebuk Ngaji Hawa Rizwana Dan Azmi Saat Raih Perhatian Ramai. Wah, Ramai Tak Puas Dengar Suara Azmi Mengaji, Sedap Sungguh !!
Meninjau ke akaun Instagram Qawiy Aro, ada lagi video tebuk mengaji oleh Qawiy telah dikongsikan. Kali ini Qawiy telah menerjah bacaan ayat suci Al Quran oleh Hawa Rizwana dan juga Azmi Saat dalam program MeleT0P Moreh baru-baru ini.
Qawiy telah membaca ayat pertama surah Al-Qadr dan meminta Hawa untuk menyambung bacaannya. Walaupun nampak gementar, Hawa boleh membacanya dengan baik. Kemudian Azmi menyambung pula ayat yang terakhir.
Ramai netizen tidak puas mendengar suara Azmi mengaji kerana terlalu pendek. Walaupun hanya sedikit sahaja bacaan Azmi, ramai yang memuji kemerduan suara Azmi mengaji sehingga ada yang meminta Qawiy menebuk bacaan Azmi lagi.
Perkongsian ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Qawiy telah menerjah ramai selebriti sebelum ini untuk tebuk ngaji antaranya ialah Amir Masdi, Lisa Surihani, Aliff Satar, Uyaina Arshad dan ramai lagi
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang ingin mendengar lagi suara Azmi mengaji. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tebuk lg azmi.. nk dgr lg dia ngajii.. Wahhh suara azmi vibe2 imam terawih.. hawa masuk trus brubah suara jadi garau.. “
” Azmi cakap haritu qawiy dah cari dia, dia bagi alasan grab dah nak sampai sebab takut.. Ala nak dengar Azmi mengaji lagi.. “
” Sedapnya suara azmi.. Qawiy, tebuk tengku hasanal pulak.. Nak dengar Azmi mengaji lagi.. Harap tahun ni ada rakaman Takbir Raya dari Azmi .. “
” Azmi mengaji sedap. tebuk azmi pulak. lunak merdu suara azmi mengaji.. hawa pun boleh la.. please tebuk azmi lagi.. “
” Qawiyy bgi la surah sush sikit.. Nak dengar azmi mengaji.. Haha rizwana?? Admin terpaling puase kan gurau2.. Suara hawa kasarnya.. “
” MasyaaAllah sedap Azmi mengaji.. Awat pendek sgt.. Nak dengar lagii.. Tolong lah tebuk azmi lagi, Azmi penyanyi.. haruslah sedappp.. “
” Alhamdulillah,tebuk kadang2 pasal tergamam kena aim. Surah YG pendek mudah pun leh terkial2. Pasal depan khalayak orang ramai..jantung degap degup.. “
Nampaknya ramai netizen berharap Qawiy menerjah lagi Azmi Saat kerana tidak puas mendengar Azmi mengaji. Kebiasaannya apabila seorang penyanyi mengaji sememangnya suara mereka cukup merdu. Siapa pula akan ditebuk ngaji lagi selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen