Artis / Selebriti
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen

Video Bell Ngasri diberi peluang menjadi pembaca nama graduan sempena Majlis Konvokesyen UKM ke 52 raih perhatian ramai. Wah, mantap lah Bell. Tapi mimik muka Bell tu kelakar, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Hotfm, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bell Ngasri menjadi pembaca nama graduan sempena Majlis Konvokesyen UKM yang ke 52 pada pagi tadi telah meraih perhatian ramai. Wah, memang satu pengalaman yang menarik.
Sebelum itu, Bell dan beberapa geng Bekpes Hotfm iaitu Bidin, AG Azmeer dan Johan diberi peluang untuk berlatih terlebih dahulu menyebut nama-nama graduan. Ketika sesi latihan, Bell dilihat tidak begitu serius ketika menyebut nama-nama yang diberikan.
Tetapi berbeza apabila majlis sedang berlangsung, Bell boleh menyebut dengan begitu baik sekali. Suara Bell juga nampak sangat sesuai dan sedap didengar. Nampak macam sukar sahaja Bell menyebut setiap nama -nama graduan apabila melihat mimik muka Bell, haha.
Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu dan lapan belas ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ini merupakan kali pertama buat Geng Bekpes Hot diberi peluang seperti ini. Akhirnya Bell berjaya menyelesaikan tugasnya untuk hari ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Suara bell macam iklan radio dah.. Sedap suara AG, suara bell pun ok tp nyaring sikit.. Aku tgk bell rasa nk piat2 telinga dia hahahahha.. “
” Suara AG paling ngam, jadik penyampai radio pon dah sedap.. Jenuh ni klu graduasi sampai beratus org. Buat la sebutan nama studen yg terakhirrrr.. “
” Kita pun nak masuk UKM juga dulu tapi keputusan tak lepas .. Bibir dah macam kena strok ,teruk benor,, kenapa tu tarik napas , tengok macam tak bernapas je.. “
” Weyh.ulang 2x macam nk panggil alihkan kenderaan kt parking lot .. Korang kena tahu dia otai VO iklan radio. Confirm suara sedap.. “
” Suara bell mcm suara yg selalu keluar iklan radio.. Wow suara dia leh jadi pembaca lepas ni.. ayah bell pengacara selamat pagi Malaysia tahun 90-an suara Lenguh tgok mulut bell tu.. “
” Bell announce dh mcm nk bgi nama calon2 pemenang anugerah kt ABPBH.. Siap mimik muka main peranan bang.. geram la.. “
” Dia dr family ‘king voice over malaysia’ kot. Mmg deliver la. Mantap bang bell .. sambil ssebut nama sambil kunyahhh kau yea bellngasriofficial tau laaa KING dlm VO kat Malaysia ni.. “
Wah, boleh tahan juga suara Bell menjadi pembaca nama untuk majlis konvokesyen. Pastinya sangat bertuah buat graduan yang menerima ijazah pada hari ini kerana nama-nama mereka disebut oleh beberapa selebriti terkenal. Satu memori yang indah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen