Artis / Selebriti
” Suara Khai ada getaran, tertahan dan Khai berusaha tenang. Nampak bengkak mata tu.. ” – Netizen

Video Temubual Pertama Khai Bahar Selepas Pemergian Ibu Tersayang Undang Sebak Warganet. Sedih Dengar Suara Khai, Lagi-Lagi Bila Bercakap Tentang Arwah Mak. Pesanan Arwah Mak Pada Khai Tu Tersentuh Dengar !!
Sekali pun baru sahaja kehilangan mak tersayang, namun penyanyi Khai Bahar gagah tampil menjayakan Konsert Mega Zikir Terapi. Menerusi akaun Instagram Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Khai.
Menerusi video ini, Khai memberikan penjelasan mengenai video Khai menutup telinga yang tular beberapa hari yang lalu. Itu adalah kejadian ketika arwah maknya sedang dikhafankan. Jelas Khai, itu adalah caranya untuk menenangkan dirinya sendiri.
Kali terakhir dapat mengucup mak, bukan mudah untuk Khai menerima kenyataan mak sudah pergi selamanya. Diajukan pula soalan mengenai persembahan pada konsert malam itu, Khai mengatakan jika diikutkan hatinya, sememangnya dia mahu membatalkan sahaja penyertaannya itu.
Namun oleh kerana semuanya telah pun dirancang awal dan segalanya telah pun disediakan, Khai mengotakan janjinya. Khai turut memberitahu arwah maknya selalu berpesan supaya fokus pada kerja dan menjaga adik-adik. Bukan dari keluarga yang senang, berat dan besar tanggungjawab Khai untuk keluarga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara Khai masih terketar ketar. Khai perlukan masa dan ruang untuk dirinya. Emosi belum stabil sepenuhnya. Harap semua memahami.. ”
” Depan orang dia kuat.. belakang tabir time sorang2 tu paling sakit sebenarnya.. khai terus kuat ye.. ”
” Suara Khai ada getaran , tertahan dan khai berusaha nmpak tenang , Alhamdullilah , bila bekerja kurang skit kesedihan tu.. ”
” Nampak bengkak mata tu.. Luaran nmpk kuat tp dlm hati hnya Allah yg tahu.. terus kuat ye khai.. ”
” Stay strong dan tabah ye khai.. it takes time to heal .. amik lah byk masa yg khai perlu kan .. insya’allah kami sentiasa ada disini.. ”
” Siapa yg kehilangan org yg tersayang tambah² mak mmg ambik masa untuk ok, semoga yg baik² saja buat khaibahar94 semoga roh arwah mak ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal Soleh.. ”
” Allahu. Semoga khai kuat dan terus terus tabah. Akan ambik masa nak terima hilangnya ibu. Semoga Allah memelihara khai bahar.. ”
Sesungguhnya Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk Khai dan keluarga. Semoga amanah mak untuk Khai menjaga adik-adik akan dilaksanakan dengan baik. Terus kuat Khai untuk meneruskan kehidupan tanpa mak tersayang dan didoakan arwah mak Khai tenang di sana.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, IG Khai Bahar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen