Artis / Selebriti
” Sukanya tengok both. Part last je mesti ada pergaduhan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Janna Nick Menyambut Hari Lahir Suaminya, Dini Schatzmann Buat Warganet Terhibur. Mula-Mula Tu Elok Manja-Manja, Last-Last Gaduh Pulak, Hehe. Doa Janna Untuk Tahun Depan Menyentuh Hati Ramai !!
Pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann antara pasangan yang disukai oleh ramai peminat. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain dan saban hari penuh dengan keceriaan apabila bersama. Janna orang yang manja dan Dini pula suka memanjakan serta melayan kerenah Janna itu.
Meninjau entry terbaru Janna di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Janna menyambut hari lahir Dini di sebuah hotel di Mekah. Dapat dilihat Kaabah melalui tingkap bilik hotel yang mereka diami.
Pada awal video, Janna dan Dini menunjukkan mereka cuba menghafal surah Al-Mulk bersama-sama. Aktiviti yang bagus dan membawa berkah dalam rumahtangga. Sementara Dini cuba menghafal, Janna menyiapkan kek dan memasangnya dengan lilin berserta angka 30 di atasnya.
Janna turut mencoretkan di kapsyennya semoga tahun hadapan mereka dapat menyambut hari lahir bertiga pula. Tahun ini hadiah Janna untuk Dini berupa seutas tasbih dan Dini gembira dengan hadiah itu. Bertuah Dini dapat menyambut hari lahir di tanah suci Mekah bersama isteri tercinta.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Janna ini sehingga kini telah pun meraih hampir 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy nya tgk korang 2 org , sampai syurgaaaaaaa.. Happy Birthdayyyy dinischatzmann.. insha Allah next bertiga pulak Aamin.. “
” Moga ada rezeki zuriat hujg tahun ni uolls… tahun depan bertiga.. tlg lah kekal comel ,happy, mcm nie smpai jannah ye.. “
” Bagusnyaa dpt hadiah tasbih .. maknanya dia syg kamu betul2 sbbnya dia beri hadiah yg boleh membuat kamu sentiasa ingat Allah swt.. “
” Bagusnya bila ada video macam ni.. semoga menjadi ikutan buat semua.. Happy Birthday Dini semoga Allah makbulkan segala doa.. “
” Ya Allah panjangkanlah jodoh mereka berdua hingga ke syurga abadi dan kurniakan zuriat yg sihat comel cukup segalanya sayang jannanick . Happy birthday dinischatzmann.. “
” Suka nye tengok both. Dengan kita kita rasa happy sangat. Part last jeee mesti ada pergaduhan haha. Semoga tahun depan jannah and suami dpat bertiga.. “
” Diorang ni progressive kan. Bagus la deme ni. Nak mcm ni jgk.. doakan sy jugak utk improve diri dan hidup.. “
Tumpang gembira warganet melihat Janna dan Dini. Ramai yang turut mendoakan agar Janna dan Dini diberikan rezeki untuk mempunyai zuriat. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir Dini dan semoga segala impian Dini akan dimakbulkan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Janna Nick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen