Artis / Selebriti
” Sukanya tengok Nana happy . Sweetnya, kita pun sama ikut senyum.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Siti Nordiana Makan Bersama Sahabat Baiknya, Ery Azree Raih Perhatian Peminat. Alahai Sweetnya Ery Layan Nana Makan. Nana Pulak Bila Dapat Makan, Terus Lupa Orang Sebelah. Sweet Je Ery Usik Nana, Hehe !!
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi bersuara lunak, Siti Nordiana pastinya tahu hubungan baik antara Siti Nordiana dan sahabat baiknya, Ery Azree. Sudah bertahun-tahun persahabatan mereka terjalin, Ery setia menemani Siti Nordiana ke mana sahaja.
Meninjau perkongsian terbaru di akaun Tiktok Ery Azree, telah dikongsikan satu video yang memaparkan situasi ketika Siti Nordiana bersama Ery sedang menjamu selera di sebuah restoran. Ianya turut disertai oleh beberapa orang kenalan yang lain bersama.
Ery sememangnya selalu caring terhadap Siti Nordiana. Sebelum ini, warganet telah pun disajikan dengan video telatah Ery membantu Siti Nordiana menuruni tangga dengan beg tangan Siti Nordiana dijadikan sebagai tempat untuk dipegang. Kali ini, ada lagi act of service Ery yang membuatkan peminat teruja melihatnya.
Satu demi satu juadah diletakkan di dalam piring Siti Nordiana tanpa disuruh. Ery yang selalu mengutamakan keselesaan Siti Nordiana itu membuatkan ramai yang suka melihat layanan Ery. Siti Nordiana pula sudah dapat makan sampai terlupa untuk membantu mengambilkan makanan untuk Ery.
Jom tonton video di bawah :
@eryazree betul lah kata org.. org popuan kalau dah dpt mkn dia lupa org sebelah dia #sitinordianafc #sitinordiana #fypシ
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ada pn video ni.. nana dh delete td.. mader mmg suka main post lepas tu delete.. ya Allah, jodoh kan la mereka berdua.. aamiin.. “
” Bestie, bodyguard.. Semoga berakhir ke jinjang pelamin.. klau boleh fader, post la satu hari, dua ke tiga ke video ng mader boleh tak.. comellllllll lahh.. “
” Special tul ek bodyguard nana ni haha.. comel lah korang.. bang…. selalu jadi mangsa mader ekkkk.. redhaaa sngt dah muka tu.. “
” Last ii diaaa jugak tlg amikkan haha.. sweetttnyeee… kite pun sama ikut gelak-gelak senyum.. “
” Waw semoga bahagia dunia akhirat.. mak lurve banget mader fader.. kompang-kompang gibing-gibing.. “
” Act of service betullah faderr nie.. eeiiii ape comel sgt ni.. sukanya tgok Nana happy.. Moga ada jodoh.. “
” Masyallah.. knp la suke beno tgk deme. spontan ja reaksi mereka sela ni.. ooo encik ezra copek2 la lamar princess diana tu.. Good Luck tau.. Nah lagu.. jangan tggu lama2 nanti lama2 dia diambil orang.. “
Comel sungguh gelagat Siti Nordiana bersama Ery. Seronok peminat melihat cara Ery menyantuni Siti Nordiana. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Siti Nordiana dan Ery berjodohan. Andai ada jodoh, tidak akan ke mana. Kalau tiada jodoh, boleh bersahabat sampai selama-lamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ery Azree
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen