Artis / Selebriti
” Sweet family, contoh suami terbaik dalam poligami.. ” – Netizen

Video Ashraf Muslim Terima Hadiah Kej0tan Hari Lahir Oleh Kedua-Dua Isterinya Dapat Pujian Ramai. Wahhh Sweet Sangat. Siap Ada Spiderman Lagi, Anak-Anak Pun Terlebih Teruja !!
Umum mengetahui bahawa pelakon Ashraf Muslim mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana merupakan seorang doktor manakala isteri keduanya bernama Wan Sakinah. Ashraf mempunyai 4 orang anak melalui dua perkahwinannya ini.
Keluarga ini sering mendapat pujian ramai kerana kedua-dua isteri Ashraf sangat baik dan akrab. Apa sahaja aktiviti mesti dilakukan bersama-sama dan mereka kelihatan sangat bahagia hidup berpoligami. Begitu juga anak-anak mereka yang begitu mesra bersama.
Semalam, 12 Setember merupakan hari lahir buat Ashraf yang ke 39 tahun. Meninjau ke akaun Instagram, Ashraf telah memuatnaik satu video di mana dia telah menerima kej0tan hari lahir daripada kedua-dua isterinya itu. Pada ketika itu Ashraf sekeluarga sedang bercuti di Port Dickson.
Ashraf telah dikej0tkan dengan kehadiran maskot Spiderman yang datang kepadanya membawa jambangan belon. Kehadiran maskot tersebut bukan sahaja mengej0tkan Ashraf tetapi juga anak-anaknya yang begitu teruja berjumpa dengan spiderman.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Ashraf. Antara komen-komen mereka :
” Sanah helwah akhi ashrafmuslim , semoga hajat yang dipanjatkan sebelum ini segera Allah kabulkan.. “
” Happy birthday AM semoga sentiasa dirahmati dan di dalam lindunganNya. Semoga bahagia betsama keluarga hingga ke Jannah. Aamin.. “
” Wowww… surpr1se uolls… tgh pan4s lit lup tue… Sanah Helwah … wa barakallahu Fi umrik.. ”
” Sweet family. cth Suami terbaik dlm poligami. Semoga bhgia ke jannah bersama.. “
” Sanah helwah AM.. semoga menjadi contoh suami yg baik kepada kdua.. dua isteri.. bykkk pahala.. semoga isteri isteri menjadi isteri yg punyai Hati yg baik.. bertolak ansur antara Satu Sama lain.. dunia hanya sementara. Syurga itu terlalu indah.. “
Wahhh bukan mudah untuk mendapat isteri-isteri yang sama-sama baik pakat untuk membuat kej0tan di hari lahir seperti Ashraf. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Ashraf Muslim. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping isteri-isteri serta anak-anak tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ashraf Muslim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen