Artis / Selebriti
” Tahniah, hebatnya Arsalan. Rezeki khatam Al-Quran awal.. ” – Komen Netizen

Video Anak Jihan Muse Sedang Membaca Al-Quran Raih Perhatian Ramai. Lancar Dan Jelas Bacaan Ungku Arsalan Haq. Alhamdulillah, Baru Umur 6 Tahun Sudah Khatam Al-Quran !!
Meninjau ke akaun Instagram Jihan Muse, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak Jihan iaitu Ungku Arsalan Haq membaca Al-Quran telah meraih perhatian ramai. Menurut Jihan, Arsalan sudah pun khatam Al-Quran di usia enam tahun. Wah, hebatnya Arsalan.
Ternyata Arsalan seorang kanak-kanak yang begitu terang hati. Usia enam tahun merupakan usia yang cukup muda untuk khatam Al-Quran. Arsalan juga begitu lancar dalam membaca ayat suci Al-Quran. Sebagai seorang ibu, pastinya Jihan berasa bangga dengan pencapaian Arsalan.
Sekadar info, Arsalan merupakan anak sulung Jihan bersama suaminya, Ungku Hariz. Arsalan mempunyai seorang adik lelaki yang diberi nama Ungku Altamis Barr yang kini sudah berusia 2 tahun. Seperti anak selebriti lain, Arsalan juga mempunyai akaun media sosial sendiri.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Semoga kejayaan Arsalan ini menjadi inspirasi buat orang ramai di luar sana untuk memartabatkan Al-Quran sejak dari kecil lagi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan rasa syukur dan tahniah buat Arsalan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Moga Allah berkati Arsalan. Dirahmati Allah dengan al-Quran. Jadi seperti Muhammad bin Da’ud Chaghri, dan kerana keberanian semasa berperang.. “
” SubhanAllah.. Alhamdulillah.. Congratulations Calan… Cici sooo proud of you .. Alhamdulillah… moga istiqomah Arsalan.. “
” MasyaAllah tabarakallah Semoga menjadi anak soleh.. Boleh buat pulut kuning & bg org surau makan .. hebatnya arsalan.. “
” Alhamdulillah dn tahniah … Arsalan dn keluarga.. Alhamdulillah tahniah arsalan semoga terus istiqamah ye nak uwan doa kn.. “
” MasyaAllah Tabarakallah..Alhamdulillah .. rezeki khatam awal.. Tolong sampaikan ucapan tahniah padanya.. congrats Arsalan..semoga menjadi anak yg cemerlang didunia n akhirat.. “
” Alhamdulillah..Tahniah Arsalan..semoga terus maju jaya..sejuk perut bonda.. Aamiin.. Nnti ibu buatkan pulut kuning dn rendang juga bunga telor meraikan Arsalan tau… “
” Alhamdulillah tahniah terbaik. Moga jadi inspirasi pada yang lain juga untuk memartabatkan Al Quran pada anak sejak kecil. Awhhh love masyaAllah .. “
Tahniah diucapkan kepada Arsalan kerana berjaya khatam Al-Quran di usia yang masih kecil. Arsalan seorang anak yang terang hati dan mudah mendapat ilmu yang dipelajarinya. Semoga Arsalan menjadi seorang anak yang baik serta berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jihan Muse
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen