Artis / Selebriti
” Tak boleh bayangkan macam mana dia nak hadap semuanya ni.. ” – Komen Netizen

Video Putri Qisya menerima kunjungan gurunya undang sebak ramai. Cukup tabah anak kecil ini walaupun tetamu yang hadir mengalirkan air mata. Umur 12 tahun setenang ini, sebaknya..
Suasana pilu masih menyelubungi keluarga mangsa tragedi kemalangan di Sungai Korok, Kedah yang telah meragut enam nyawa daripada satu keluarga. Sehingga hari ini, satu-satunya anak mangsa yang terselamat iaitu Putri Qisya menerima banyak kunjungan tetamu.
Hari ini Putri Qisya telah menerima kunjungan daripada guru sekolahnya serta kenalan terdekat. Mereka hadir untuk memberi kata-kata semangat agar Putri Qisya terus kuat dan tabah dengan dugaan yang dihadapinya pada ketika ini.
Putri Qisya kelihatan sedikit sugul namun tetap tenang, hanya mampu mengangguk perlahan apabila mendengar kata-kata daripada gurunya. Mereka kemudian memeluk erat dan pada masa ini dapat dilihat Putri Qisya berasa sebak dan mengalir air mata.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Momen sebegini turut mengundang rasa sebak pada sesiapa sahaja yang melihat walaupun Putri Qisya dilihat cukup tenang dan tabah.
Jom tonton video di bawah :
@kosmoonline Kenalan keluarga termasuk guru hadir memberikan semangat kepada Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim Izat, 12, di rumah neneknya di Kampung Bohor Karang, Jerlun hari ini. Putri Qisya menjadi yatim piatu selepas insiden tragis meragut nyawa ibu bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31. Turut sama ialah empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan.
Di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Putri Qisya. Antara komen-komen yang diberikan ialah :
” Putri Qisya anak kuat sbb tu ujiannyapun hebat.. Usia 12 tahun tapi dia jaga aurat dia jaga solat itulah didikan ibu ayahnya sebab itu hatinya tabah.. “
” Time nk tidur malam and bgun tidur tu la saat pling lemah 2 wktu ni yg buat kita susah utk move on.. to adik qisya Allah tahu yg terbaik bt awak.. Dia ad rencana pling baik utk masa dpn awak.. smoga dberikan kekuatan yg luar biasa.. “
” Wehh aku x boleh bayangkan macam mana dia nak hadap semuanya ni.. Aku xblh la….tgk muka adik qisya,aku teringat keadaan aku msa kecik hilang keduanya …kosong…sgt kosong…hidup.. “
” Bila tengok wajah adik qisya nmpak betol dia rndu dgn semua family dia ya tuhan knpa bsr sungguh ujian adik qisya nmpak betol muka dia rndu semua family dia.. “
” 12 tahun dah setenang itu . MasyaAllah , mcm mana la sy nanti ya bila kehilangan insan yg sy syg.. Semoga Allah lindungi dan jaga anak hebat ni.. “
” Kuatnye kau dik…akak tgk kau akak yg sedih dik mcm mne kau boleh sekuat itu dik…peluk dari jauh ye dik.. semoga terus kuat menghadapi dugaan yang mendatang adik.. “
” Sumgguh kuat dugaan adik ni..Allahuakbar..semoga kekal kuat dgn apa segala di uji..Allah syg awak dik.. Dia perlu kn penjaga.. Selain dr kt2 semangat untuk dia lalui hidup di ms depan.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kata-kata semangat yang diberikan buat Putri Qisya ini akan terus menjadi kekuatan buat Putri Qisya menempuh hari-hari mendatang dengan penuh tabah dan harapan tanpa ibu bapa serta adik beradik di sisi.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kosmo Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen