Artis / Selebriti
” Tak kisahlah kahwin dengan duda atau bujang, jangan kahwin dengan laki orang sudah.. ” – Komen Netizen

Dedah Status Suami, Video Temubual Sarah Suhairi Dan Suaminya, Aswad Anuar Selepas Majlis Pernikahan Raih Perhatian Ramai. Tak Apa Sarah, Yang Penting Bukan Suami Orang !!
Hari ini merupakan salah satu hari bersejarah buat penyanyi Sarah Suhairi yang telah melangsungkan perkahwinannya pada jam 8.30 pagi tadi. Sarah telah memilih pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bernama Aswad Anuar sebagai pasangan hidupnya.
Setalah usai majlis pernikahan, Sarah dan suami telah ditemubual oleh wartawan. Antara soalan yang ditanyakan kepada mereka berkenaan detik perkenalan, jarak umur yang jauh dan harapan Sarah dan Aswad terhadap perkahwinan ini.
Untuk makluman, Sarah dan Aswad telah berkenalan 4 tahun lepas. Pasangan pengantin baru ini mempunyai minat yang sama iaitu menunggang kuda. Mereka berkenalan pada tahun 2020 dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 27 Januari yang lalu.
Aswad turut memaklumkan yang dirinya adalah seorang duda dan mempunyai 3 orang cahaya mata perempuan. Sarah juga memberitahu telah mengenali ketiga-tiga anak Aswad serta turut rapat dengan mereka. Tambah Sarah lagi, sebelum ini mereka memanggil Sarah dengan panggilan ‘Aunty’, mungkin selepas ini boleh memanggilnya ‘Ibu’.
Jom tonton video temubual di bawah :
Perkongsian ini telah meraih perhatian warganet, terutama sekali peminat-peminat Sarah. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Sekali tengok mcm Dayang Nurfaizah… flawless & smooth make up dia. Cantik nya make up dia.. Tahniah.. muka seiras.. “
” Tahniah Sarah kerani berani menggalas tanggungjawab yg berat. Semoga menjadi ibu tiri yang bsik dan isteri solehah. Kekal hingga ke syurga.. “
” Tak kisahla duda ke janda ke kalau dah jodoh siapalah kita nk menidakkannya, semoga bahagia sampai syurga.. “
” Duda xpe,jngn laki org.. My doa for her. Not easy but it’s honorable job. Bismillah.. Okayy sarahh. Moga bahagiaaa.. “
” Tak kisahlah kawin dgn duda atau bujang jgn kawin dgn laki org sudah.. Tahniah sarah & husband.. “
” Bagus Sarah, tak payah show off pun masa tengah bercinta, terus berkongsi apabila dah sah bergelar isteri, betul2 ikut sunnah.. “
” Wahhh tahu tahu Sarah dah kahwin, tak ada masalah pun jadi ibu ‘segera’ yang penting halal.. Cantiknya makeup dia.. ”
Sekali lagi kami ingin mengucapkan tahniah buat Sarah dan pasangannya, Aswad. Semoga Sarah akan menjadi isteri yang solehah dan juga ibu yang baik untuk anak-anak. Selamat melayari hidup berumahtangga dan semoga berbahagia sampai ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar, IG Sarah Suhairi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen