Artis / Selebriti
” Tak payah kahwin lah.. ” – Komen Netizen
																								
												
												
											Video respon Fazura apabila diajukan soalan mengenai perkahwinan curi perhatian ramai. Jawapan yang cukup padu dan bijak daripada Fazura. Salute lah..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Affendy Jailani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Fazura bersama anaknya, Nur Fatima Aisya. Sambil menjual tudung keluarannya, Fazura juga menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh viewers yang menonton live tersebut.
Salah satu yang mendapat respon Fazura adalah satu komen mengatakan supaya Fazura tidak perlu berkahwin lagi. Tidak mudah melatah dan cukup matang dalam memberikan penerangannya, jawapan Fazura membuatkan warganet kagum dengan pendirian Fazura.
Seorang wanita dan ibu yang kuat, Fazura yakin Allah akan memberikan yang terbaik untuknya dan yang penting, disukai oleh Fatima. Semua orang mengharapkan bahagia bersama pasangan dan Fazura tidak menolak sekiranya jodohnya dari negara jiran Indonesia.

Allah pastinya sudah mengaturkan perjalanan hidup yang indah untuk Fazura dan Fatima. Doa-doa dan permintaan Fazura akan termakbul suatu hari nanti, Insha Allah. Setiap apa yang terjadi pastinya ada hikmah dan hari bahagia itu akan tiba apabila sampai waktunya sebagaimana perancangan Yang Esa.
Jom tonton video di bawah :
@affendyjailani Jodoh #Fazura doakan #adaapadengancinta #podcastbukakmulut #bukakmulut #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ramai yg ckp dia nk yg vvip dan yg berduit.. Tp sebenarnya dia nk jodoh yg faham agama, brtgjwab, syg dia dn fatima.. “
” Fazura ada cakap, kalau ada jodoh kahwin lagi mesti dapat approval fatima, fatima yg akan pilih.. semoga fazura diberikan jodoh terbaik untuknya.. Semoga Fazura bertemu jodoh dan bahagia di Dunia dan akhirat aamiin.. “
” Semua orang ada sejarah silam tp suka carra fazura dlm menuju kearah yg lebih baik blm tentu yg nmpk alim tudung labuh punya hati yg tulus ikhlas mcm faz.. “
” Mana tahu lepas bercerai ni jadikan dia someone yang lebih baik, sudah ii lah nak kecam or mengata dia buat tambah dosa jek.. “
” Alhamdulillah jawapan yang padat dan tepat.. dari fans fattmira dan fazura jg ,insyaAllah fazura jg mendapatkan jodoh yg terbaik jg, bahagia bersama fatimah… semua bahagia…doa yg baik2 buat semua nya.. “
” Semoga faz dikurniakan jodoh yg baik.. saya respect cara Faz ni,seorang yg kuat,yg sabar,yg berserah segalanya pada Allah,seorang ibu yg baik dan sempurna utk Fatima.. nmpk Faz lebih bahagia dgn kehidupan skrg.. semoga Allah merahmati hidup Faz & Nyamma.. AminnYRA.. “
” Saya percaya, dia sebenarnya banyak belajar dan faham tentang agama, cuma mungkin tak ditunjukkan di media sosial. Tapi jelas dari cara dia bercakap tentang redha Allah, kita pun tahu dia tahu bab agama & ada belajar. Orang selalu cepat menilai masa silam seseorang, sedangkan Allah sendiri tak nilai permulaan kita tapi pengakhiran.. “
Jawapan yang padat dan padu daripada Fazura untuk soalan cepu emas ini. Segalanya Allah yang tentukan, baik jodoh, ajal dan rezeki. Sama-sama kita mendoakan agar Fazura dipertemukan dengan lelaki yang mampu membimbing Fazura ke jalan Allah dan menyayangi Fazura dan Fatima dengan seikhlas hati.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Affendy Jailani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	
										
																			Artis / Selebriti5 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti1 day ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti5 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti6 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen
 

																	
																															
									
																	
									
																	
									
																	
									
																	
									
																	
									
																	
