Artis / Selebriti
” Tak sanggup tengok Naqiu macam tu, penat lah gelak. Terhangit dah tahap kerosakan Naqiu, haha.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Naqiu dan Joey di pentas separuh akhir Famili Duo buat ramai terhibur. Fuh tak sangka Naqiu jadi macam tu, lawak sungguh lah. Geram je tengok rambut Naqiu dan bila Naqiu geleng-geleng kepala. Menjadi sungguh watak orang Bangladesh tu, haha..
Famili Duo musim 4 yang bersiaran di saluran TV3 antara rancangan yang disukai ramai. Persembahan yang hebat daripada semua duo yang bertanding menarik minat penonton untuk terus menonton rancangan tersebut. Setelah beberapa minggu berentap di pentas, kini telah pun sampai ke peringkat separuh akhir semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok TV3 Malaysia dan Instagram f8buzz, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan duo sepupu, Naqiu dan Joey. Pasangan ini antara 5 pasangan duo yang layak ke peringkat separuh akhir.
Seperti minggu terdahulu, persembahan mereka diselitkan sedikit sketsa sebelum nyanyian dimulakan. Kali ini, Naqiu dan Joey berlakon menjadi pendatang asing dari Bangladesh yang datang ke Malaysia. Gaya berpakaian dan rambut palsu yang dikenakan oleh duo ini menggeletek hati penonton.
Kedua-duanya kelihatan seperti warga Bangladesh tetapi Joey berseloroh mengatakan mereka dari Turki apabila ditanya oleh juri. Persembahan yang menghiburkan ini turut menampilkan Sherry Al-Hadad sebagai artis undangan. Dato’ Rosyam Nor dan Mas Idayu juga tidak dapat menahan gelak dengan persembahan mereka.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@tv3malaysia Penuh dengan suprise dari Duo ni malamni guys 🤣 memang menghiburkan satu stage kitaaa untuk malamni mami oun dah tak taste dengan diorang HAHHAHAHA #FamiliDuo | Setiap Ahad | 9 malam di TV3! Korang jangan lupa subscribe Tonton untuk mengundi Duo pilihan korang sehingga 150 kali seminggu tau! Korang juga berpeluang untuk menang Samsung Smart TV 65 inci dengan meneka Duo terbaik mingguan!!! 😍 Strim secara langsung melalui Tonton! #FamiliDuo #BerduoLebihBaik
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Penatlah gelak tadi.. terhangit dh tahap kerosakan Naqiu tp comel giler haha.. menjadi betul erk korang.. “
” Tak sanggup tgk naqiu mcm tu, tp best la persembahan korang, luar jangka dan tak terfikir lgsg akan jadi mcm tu , effort sentiasa 100%.. “
” Sangat terhibur.. awat la hg ni comey sgt thisisnaqiu oii.. rasa nk penyet2 mcm squishi.. mummy pun tergelak besar tengok.. “
” Naqiu telah dirosakkan.. cute overloaded.. Penampilan & persembahan ok, tpi nyanyian kurang best, tpi xpa blh coba lgi bila ada pertandingan lgi.. “
” Weyyyyy mmg aku dgn ibu aku tak berhenti gelak dripda awal smpai akhir persembahn diorggggg mmg kelakar hbissss.. “
” Naqiu pun rosak sekali haha.. rosak naqiu bila dgn joey.. nampak sisi lain joey.. pandai nyanyi.. suara pun sedap.. “
” Performance punyalah best.. menghiburkan tp syg x lepas ke final .. xpe JoQiu.. korang dh buat yg terbaik & sgt baik mlm ni.. semua terhibur.. korang tetap terbaik dan juara di hati kami.. “
Persembahan yang cukup menghiburkan, namun sayangnya perjuangan Naqiu dan Joey terhenti setakat itu sahaja. Naqiu dan Joey tersingkir bersama Zahid dan Anne dan tidak berjaya mara ke peringkat final. Apa-apa pun, tahniah Joey dan Naqiu atas segala usaha yang diberikan dan anda berdua telah pun menang di hati peminat.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, Tiktok tv3 Malaysia, Youtube Channel F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen