Artis / Selebriti
” Tak tahan aku dengar, bahasa kamus terus dia pakai. Dekah weh, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan mengadu dengan Datin Shahida perangai pelik viewers yang mengikuti live di akaun Dato’ Aliff Syukri buat warganet terhibur. Adoi Amayan, Datin Shahida pun tak boleh tahan gelak dengar ayat Amayan tu. Berdukacita pun boleh Amayan, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Me_media33, telah dkongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Datin Shahida Dherbs bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan. Mereka berdua sedang mempromosikan barangan penjagaan rambut dan membuat demonstrasi cara untuk menggunakan produk itu.
Sambil menjual, Ammar mengadu kepada Datin Shahida mengenai perangai pelik viewers yang mengikuti live di Tiktok Dato’ Aliff. Kata Ammar, live di akaun Datin Shahida lebih tenang kerana tidak ada komen-komen yang mengarut dan memeningkan kepala.
Jarang dapat melihat Ammar bercakap banyak seperti ini. Kali ini, Ammar meluahkan semuanya yang terbuku dalam hati. Ammar yang selalu bercakap bahasa Melayu baku ini mencuit hati warganet dengan ayat dan perkataan yang digunapakai dalam aduannya itu.
Terkeluar bahasa kamus Ammar sehinggakan Datin Shahida juga tergelak sama. Warganet yang mendengar aduan Ammar ini juga turut terhibur sama. Panjang berjela aduan Ammar kepada Datin Shahida. Ammar ada meminta agar selepas ini dia membuat live di akaun Datin Shahida sahaja kerana lebih tenang.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 😂Ammar Ahyan Dedah Rahsia Besar raezz 😂 #terlajaklaris #malaysia #fyp #gosip #viral #tiktok
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Siot la dukacita… kalau dia suka mesti sebut sukacita haha.. dia auto translate English to Malay mcm Google translate hehhee.. mengekek aku ketawa dengan Ammar ni.. “
” Dukacita ,menjual ,bercerita , berehat ,kecewa perkataan Amayan ni memang buat terbahak ketawa.. dgn ibu dia.. ammar byk ckp… dgn abah dia… dia byk diam… hehehe.. “
” Beza betul masa dgn bapak. rupanya bercakap je dia ni.. Ammar sikit lagi nak murka korang.. random sungguh aduan dia, haha.. meluah sungguh-sungguh ni.. “
” Tak baik tau korang, amayan sampai berdukacita haha.. comel dia mngadu kt mama dia . Nmpk sngt bersuka cita live dngn mama.. “
” Korang ni x baik tau buat ammar berdukacita.. ammar nak murka dah tu haha.. tak tahan aku dengar, kelakar bahasa kamus terus dia pakai.. “
” Dah dia ngadu dekat mama dia guys haha.. Berdukacita. Mamanya pn xleh tahan bercakap dgn ammar si kamus dewan.. mintak maafla nak gelak gak tgk amayan ni.. “
” Dekah weii sampai part “dorg tanye soalan yg tak guna tau.. mcm ammar dah berak ke belum?haa..” adudu comel la amayan mengadu dengan mama.. berdukacita tu memang aku bergolek ketawa, haha.. “
Seronok mendengar Ammar membuat aduan pada mamanya itu. Betul lah, followers Datin Shahida dan Dato’ Aliff berbeza karakter. Part ‘berdukacita’ tu memang ramai yang tidak dapat menahan ketawa. Apa-apa pun, memang seronok menonton live Ammar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me Media33
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen