Artis / Selebriti
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen

Video anak perempuan arwah Siti Sarah Raissuddin, Talita mengajar beberapa ayat dalam Bahasa Inggeris yang viral kepada Watie Hanifiah buat ramai terhibur. Gelak besar Watie dibuatnya. Tapi suara Talita bercakap mengingatkan semua pada arwah Sarah, memang sebijik sama..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Inayah Beauty, telah dikongsikan satu video terbaru Watie Hanifiah bersama Dzahira Talita Zahra atau mesra dengan sapaan Dekta sedang berbual. Talita mengajar mommynya menyebut beberapa perkataan yang popular di kalangan gen Z kini.
Watie pula melayan sahaja kerenah Talita dan gelagat mereka berdua menghiburkan warganet. Mendengar suara Talita bercakap, saling tak tumpah seperti suara Siti Sarah. Sedikit serak-serak basah dan cara sebutannyA itu memang mengingatkan semua kepada Siti Sarah.
Semakin besar anak dara Siti Sarah ini, semakin kelihatan persamaan yang diwarisi daripada ibunya itu. Suara Talita menyanyi pun sedap, ada iras seperti suara ibunya. Ramai yang sependapat, Talita ini wajahnya mengikut Shuib tetapi perangai happy go lucky seperti Siti Sarah.
Menerusi video ini, Talita mengajar Watie untuk menyebut ayat ‘ You nail it’, ‘ The work is not working’ dan ‘ The match is not matching ‘. Tergelak besar Watie dengan ajaran si Talita itu. Anak dan mommy sama-sama masuk air, memang seronok kerana mereka berdua sekepala.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@inayahbeautysdnbhd Sukanya tengok Watie & Talita ni #watiehanifiah #talita #shuibsepahtu #fyp #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #tiktokshop
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantik Talita suara sebiji suara arwah mama dia.. bila nyanyi sebijik suara ibu dia.. terbayang sarah dalam diri Talita.. “
” Suara serak serak macam tu sebijik suara arwah ibunya.. alahai talita, makin besar makin sama dengan ibu.. “
” Sebiji macam suara arwah ibunya.. Talita dpt suara arwah sarah.. you nail it Talita.. muka daddy tapi suara ibu.. “
” Suara macam ibu dia dah si talita ni.. gaya talita bercakap tu saling tak tumpah macam gaya Sarah.. menurun betul.. “
” Talita muka Shuib perangai siti Sarah. cepatnya talita dah remaja. suara talita tu sama sangat dengan suara ibu. macam dengar Sarah yang tengah bercakap.. “
” Talita dah besar tone suara ibu dia habis.. sebijik tau gaya Siti Sarah. rindu pulak dekat Siti Sarah.. “
” Comel je anak beranak ni. Mesranya. Ini betul betul family bonding yang ngam.. bagus watie ni. mommy yang baik.. “
Alahai Talita, suara tu copy paste ibu sangat. Suara yang serak-serak basah, banyak persamaan Talita dengan ibu. Apa-apa pun, gembira semua melihat kebahagiaan Talita kini bersama mommynya yang penyayang itu. Semoga Talita terus menjadi anak yang solehah dan kebanggaan daddy, ibu dan mommy.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inayah Beauty Trading
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen