Artis / Selebriti
” Tenang je dengar suara dia, macam arwah ayah dia. Suara nasyid, syahdu.. ” – Komen Netizen

Video suara anak arwah Suhaimi Saad, Sallman Elkhoyri menyanyi versi penuh lagu Kias Cinta apabila muzik dihilangkan buat ramai meremang. Sedapnya suara Sallman, tak ubah macam suara SS..
Di konsert Kasih Kekasih Inteam baru-baru ini, suara anak arwah Suhaimi Saad iaitu Sallman Elkhoyri hanya dapat didengar sedikit sahaja. Ramai yang tidak puas mendengar suara Sallman itu dan meminta agar Sallman dapat menyanyi lagu Kias Cinta dalam versi penuh.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dapoq Tequna HQ, telah dikongsikan satu video yang telah disunting memperdengarkan suara Sallman menyanyi lagu Kias Cinta. Audio ini diambil ketika sesi live Sallman bersama Hadie semalam dan ada beberapa lagu lain yang dinyanyikan oleh mereka berdua.
Suara Sallman sememangnya ada aura yang tersendiri. Persis tone suara Suhaimi, versi penuh ini sedap didengar kerana Sallman tahu teknik mengawal suaranya. Memandangkan suara Sallman baru sahaja pecah, note tinggi masih belum dapat dinyanyikan dengan sempurna.
Tidak puas mendengar suara Sallman ini, mengasyikkan dan mengimbau kenangan warganet ketika mengikuti live Suhaimi dahulu. Tidak mustahil Sallman juga boleh menjadi penyanyi pelapis yang hebat nanti. Sallman digelar oleh Ina sebagai Suhaimi 2.0.
Jom tonton video di bawah :
@dapoqtequnahq Konsert Inteam ada yang tak puas dengar salman nyanyi meh dengar sini tapi versi tak da muzik gitar yg abangnya petik la.. 😅 Kias Cinta by @manmenmonnn amacam ok tak? 😅 @_ehmadhadie @inasuhaimi78 @daddy.mkr Eh… btw sapa2 yang nk support atau jadi Fan Club Hadie utk Talk To My Manager Final, korang boleh pergi IG @Hadie FC ya dan tekan link dekat bio profile ya… TQ 😇 #fyp #tiktokmalaysia #kiascinta #talktomymanagermy #sallmanelkhoyri
♬ original sound – Dapoq Tequna by Laff Pieydot🐊 – Dapoq Tequna by Laff Pieydot🐊
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Salman : Lembut Dan base kedalam.. Hadi : Jelas Dan Nyaring… Arwah : Lemak Lembut Manis Dan Tenang.. kalau diasah boleh jd mcm arwah ayah dia..kan.. sbb tone suara dh lbh kurang arwah.. “
” Suara sallman tak berapa nak siap lagi tu baru pecah nnt lama2 sedap. muka dah sebijik ss suara pun lebih kurang terbaik la anak2 ss ni.. “
” Kenapa bila acik tengok muka salman ni hati rasa sejuk je… aura nya terserlah.. ni suara belum habis siap lagi. baru pecah suara dah best.. nnti suara dah lengkap semua.. lagi best dgr ni.. “
” Yang ni banyak ikut arwah SS kan. suara macam SS, muka pun ada iras-iras.. boleh ganti SS ni, legasi nasyid.. “
” Terbaik wahai anak.. yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang, adalah anak imamkan jenazah ayahnya.. syurga untukmu sekeluarga.. “
” Anak2 SS ni dah memang penyanyi.. Ss dah didik anak2 dia belajar di rumah dan dibidang seni suara.. Sedapnya suara Sallman, sama suara SS sangat, alhamdulillah.. “
” Suara remaja merdu bila dah dewasa lebih sedap lagi Dan merdu.. Tenang je dgr suara dia.. mcm arwah ayh dia.. suara nasyid.. syahdu. Hadie suara balada lembut romantis menusuk.. “
Mesti ramai yang berpua hari dapat mendengar Sallman cover lagu ayahnya ini dalam versi penuh. Suara yang merdu dan menyamai tone suara Suhaimi. Suara Sallman baru pecah dan pastinya sedikit masa lagi suaranya itu akan semakin lunak dan merdu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dapoq Tequna HQ, Tiktok NH Rizqi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen