Artis / Selebriti
” Tengok macam senang je eh, rupanya betul-betul struggle.. ” – Komen Netizen

Video sesi latihan Thalita untuk konsert minggu kelima Talk To My Manager raih perhatian ramai. Wah, mesti gempak persembahan Thalita kali ni. Suara pun sebijik macam arwah ibu..
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian dua buah video yang memaparkan sesi latihan Thalita untuk konsert minggu kelima Talk To My Manager telah meraih perhatian ramai. Untuk minggu ini Thalita akan menyanyikan lagu Agnes Monica berjudul Kerna Ku Sanggup.
Apa yang menarik perhatian ialah Tahlita boleh menyanyi dengan baik ketika sedang baring. Sesekali terdengar nyanyian Thalita seperti suara arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin. Walaupun hanya beberapa lirik lagu sahaja sudah cukup menunjukkan suara Thalita cukup merdu.
Selain itu, sebuah video yang memaparkan Thalita berlatih menyanyi sambil melakukan pergerakan. Nampak begitu ligat pergerakan yang dilakukan. Adakah pergerakan ini merupakan yang bakal ditunjukkan dalam konsert pada hari Ahad ini. Wah, tak sabar.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu dan empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Thalita pasti boleh melakukan yang terbaik untuk persembahan kali ini seperti sebelum-sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Dekta suara mmg sedap..cuma1 jek kalau auntie boleh info… Sebutan dekta tu tak puas dengar….Kalau lagi jelas lagi puas rasanya….hehe.. Maaf ya…Maybe telinga auntie aje kot..but u mmg sgt berbakat.. “
” Lagu ni emosi dengan nafas kena bersatu Dekta bolehhhhh tengok mcm senang je eh . rupanya betul2 struggle . struggle is real . terbang jauh lagi dekta . jalan terus.. “
” Wuhuuuu tak sabar betol dekta bawak laguu …cepatla ahad..do your best Dekta..Forever support you .. Dekta ni Kalau nyanyi, suara dia ada ‘soul’ mcm arwah ibu dia .. “
” All the best sayang Semoga dipermudahkan segalaNye & berjaya ke Final . Suka sgt sb thalita dh menguasai feel. Sblm2 ni dia xde feel.now feel dia wow.. mcm arwah sarahh.. “
” Practice makes perfect. Terbaik Thalita.. Dektaa sedapnyaa suara u tak sabar tunggu show nnty good luck .. Allah ..sebijik tone suara arwah mak dia.. “
” Makin sedap eh suara dekta tp kan mcm dgr arwah ibunye je yg nyanyi suara copy btl.. dari suara yg netizen ckp biasa2 skrg suara dia mcm arwah ibu dia.. “
” Dektaaa betul ka umur 12 tahun ni nak?? Deep betul feel dia mcm da pernah kawin cerai.. Anty loveeee btl nyanyian awak.. Soul habisss.. Keep it up anak.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Thalita untuk persembahan pada minggu kelima ini. Semoga Thalita berjaya memberikan persembahan yang memukau dan lebih baik daripada minggu sebelum ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen