Artis / Selebriti
” Terkesan dengan kata-kata Ebit Liew.. ” – Komen Netizen

Video kata-kata Ebit Liew buat Ridzokumura dan Sky ketika pengebumian arwah Akiko meruntun hati ramai. Sangat tersentuh ke hati kata-kata Ebit..
Meninjau ke akaun Instagram Ridzokumura, perkongsian sebuah video yang memaparkan keadaan selepas pengebumian arwah Akiko Okumura iaitu isteri kepada usahawan salon terkenal, Ridz telah meraih perhatian ramai orang. Ebit Liew antara yang hadir ketika upacara pengebumian tersebut.
Ebit sempat menitipkan kata-kata semangat buat Ridz dan anaknya, Sky yang dilihat masih dalam kesedihan yang teramat sangat. Bukan sesuatu yang mudah buat mereka berdua kerana kehilangan Akiko dalam keadaan yang sangat mengejutkan tanpa disangka.
Kata-kata Ebit tersebut bukan sahaja sesuai untuk mereka berdua, malah untuk semua yang pernah melalui kehilangan orang tersayang. Kita perlu menerima takdir yang sudah ditentukan oleh Allah SWT dan ujian diberikan mengikut kemampuan umatnya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sekadar info, isteri kepada Ridz merupakan seorang wanita Jepun bernama Akiko Okumura atau nama islamnya Aisyah binti Abdullah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Abg and sky adalah org yg Allah nak angkat martabat..sbb Allah tahu,abg n sky kuat & tabah.. Allah ambik Aisyah(Akiko) masa Dan keadaan yang tepat untuk dia. Allah tahu abg dam sky mampu lalui semua ni.. “
” Terkesan dgn kata kata ebit liew.. Alhamdulillah.. inshaallah igt kata2 ustaz..smg syurga utk isteri & buat org tersayang utk kite.. “
” 1 malaysia menangisi pemergian bidadari akiko yg cantik..semoga syurga buatmu..utk sky..semua ibu2 hiba dn luluh hati melihatmu nak..utk ridz semoga awk terus kuat demi ankmu sky.. “
” Saya pun mcm Sky,kehilangan Mama secara tiba-tiba dan time ketika Umur saya 9thun..Salam takziah,semoga tabah terima dugaan ini.. “
” Seluruh Malaysia mendoakan mendoakan arwah isteri abg wan, beruntung nya arwah. moga arwah aisyah ditempatkan bersama mereka yg beriman.alfatihah.. “
” Semoga Allah swt beri kekuatan dan kesabaran buat Ridzokumura dan Sky.. Allah sayang both of you.. Semoga Aisyah bt Abdullah di ampun segala dosanya dan ditempat dikalangan orang orang yg beriman.. Ameen.. “
” Salam takziah. Sky mcm noah masa ddy dia ashraf sinclare meninggal. Semoga kuat seluruh keluarga. Semoga ditempatkan beliau disisi mereka yg beriman. Amin.. “
Pemergian Akiko ini telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya pada mereka yang sering mengikuti akaun media sosial keluarga ini. Semoga Ridz dan anaknya, Sky tabah melalui ujian ini dan semoga roh Akiko di tempatkan dalam kalangan orang -orang yang beriman. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen