Artis / Selebriti
” The best of Maryam, kreatif dan sangat hebat.. ” – Komen Netizen

Video Maryam Your Nare membuat plating makanan yang dimasaknya untuk anaknya, Rina raih pujian ramai. Wah, tersenyum lebar Rina tengok hasil plating yang dibuat oleh Omma. Cute sangat, kreatif betul lah Maryam ni..
Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae antara yang dikenali ramai. Bagi yang mengikuti perkembangan Maryam, pasti mengetahui Maryam seorang ibu yang suka memasak dan menyediakan makanan sendiri untuk anaknya, Rina. Semua masakan yang dimasak oleh Maryam kelihatan sangat menyelerakan.
Bukan itu sahaja, Maryam juga suka merakam video ketika Rina sedang makan dan perkongsian video-video tersebut menarik perhatian warganet. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Maryam, telah dikongsikan video yang memaparkan Maryam menyediakan makanan untuk Rina.
Menerusi video itu, Maryam memasak spaghetti dan paling menarik, spaghetti tersebut dihias oleh Maryam menjadi kartun Angry Bird. Setelah selesai menghias, Maryam memberikan kepada Rina dan reaksi Rina sangat seronok melihat apa yang telah dihidangkan oleh ibunya itu.
Tulis Maryam, Rina begitu teruja melihat apa yang dihiasnya dan Rina telah makan spaghetti tersebut sehingga habis. Perkongsian pada kali ini sekali lagi turut mendapat perhatian warganet. Ramai yang mengatakan Maryam seorang ibu yang sangat kreatif dan bijak mengambil hati anak.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” The best of Maryam, kreatif dan sangat hebat.. Effort dia sgt mahal.. Untung Rina dapat mama macam ni.. Terbaik lah.. “
” Maryam.. Sy igt lg dlu maryam pnggil telor…Teluru.. Msa blm pndai malay lgi comel sgt msatu… Buat roti bakar hangit bg Ryzal makan… Suka usik Ryzal msa duk kt rmh sewa kt korea dlu.. “
” Setuju sangat apa yg Maryam kata tu.. Betul..Walau mknan yg biasa dia mkn tp kita buat bento gini happy dia lain mcm.. “
” Kena kreatif gini jugak kot, baru min2x makan banyak agaknya.. Tahniah Maryam, kreatif dan rajin, bertuah Rizal dan Rina punya Maryam yg rajin.. “
” Nak bagi anak seronok makan kena kreatif dan inovatif.. Terbaik la Maryam… Kalau Rina dah excited.. Kita lihat pon sama.. “
” Suka sgh tengok Rina makan.. Mummy Maryam masak sedap.. Creative.. Anak pun rasa semangat nak pakai ada angry bird ni.. “
” Sedapnyer tengok.. Nak sikit boleh tak Rina.. Hehehe.. Menarik lah, pandai Maryam ambik hati anak.. Ibu yang sangat penyayang.. “
Wah, seronok sungguh Rina melihat ada Angry Bird di dalam pinggan makanannya. Apa-apa pun, perkongsian oleh Maryam ini sangat bermanfaat untuk dijadikan contoh buat ibu-ibu di luar sana supaya dapat menarik minat anak-anak untuk berselera makan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen