Artis / Selebriti
” The real budak tak pandai menipu, bocor rahsia. Haha.. ” – Komen Netizen

Video Eyra Hazali bersama suaminya, Haziq Nadzli bertanyakan beberapa soalan kepada anak sulung mereka, Hayder Qhalish buat ramai terhibur. Adui Hayder, jawapan semua buat Mama terkejut. Pecah semua rahsia, jujur sangat ni, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon wanita, Eyra Hazali pastinya selalu melihat telatah anak sulung Eyra, Hayden Qhalish. Sejak Hayder masih bayi lagi, banyak video-video Hayder yang dikongsikan mencuit hati warganet. Telatah Hayder yang ceria dan bijak menghiburkan semua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era Sarawak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hayder ketika berada di konti radio Era. Eyra dan Haziq bertanyakan beberapa soalan kepada Hayder dan jawapannya mencuit hati semua warganet.
Antara soalan yang ditanyakan oleh Eyra berbunyi ‘ siapa paling suka membeli mainan untuk Hayder ‘, ‘ siapa yang paling sporting ‘ dan ‘ siapa paling lambat bersiap ‘. Hayder yang petah bercakap ini memberikan jawapan yang cukup jujur dan membuatkan kedua ibu bapanya ini tergelak besar.
Bak koen warganet, Hayder ini memang kelakar orangnya. Setiap jawapannya kelakar dan disertai dengan ulasan yang bernas. Bukan sahaja ada wajah yang handsome tetapi Hayder juga bijak dan pandai. Bangga mama dan papa ada anak yang baik dan jujur seperti Hayder.
Jom tonton video di bawah :
@erasarawak Mama or Papa? Hayder kena pilih antara dua! Soalan pertama tu dah kantoi dahh😂 Kena tengok sampai habis guys, macam2 rahsia bocor nii! @Eyra.Hazali #ERASarawak #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #rahsia #hayder #hayderqhalish #funny #comel #sarawaktiktok
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 140 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” The real budak tak pandai menipu, haha.. Percayalah acik2 akan ingat nama hayder bin tak payah ni sampai la hayder tua.. “
” Bijaknya Hayder bin tak payah ni haha.. bijak la hayder ni… dari umor dia bru 1 tahun lebih kot dah nmpk bijak dia ni.. “
” Fuh deep sangat information ni Hayder, haha. Bijaknya Hayder… Spill the beans… Bocor rahsia… Papa banyak gaji.. “
” Banyak gaji nok, amazing betul jawapan Hayder ni.. smart boy Hayder, kid tak pandai menipu hehe.. Dia siap bagi sebab yea yg last tu.. “
” Jujur sangat Hayder ni. budak budak tak pandai menipu haha.. camtu je Hayder spill.. anak sulung mmg gini eh semua aib mak bapak dia tahu tp dia jugak la yg bukak aib tu.. “
” Kemain dia up papa dia haha.. dh la Comey pandai ckp pulak tu.. eee geram.. kelakar lah hayder ni.. jawapan dia siap ada ulasan yang tak dijangka haha.. “
” Hayder bin tak payah ni so kelakar.. budak berkata jujur.. Makna nya Papa Selalu tunjuk slip gaji Kat Hayder.. “
Jawapan Hayder membuatkan semua tergelak mendengarnya. Kejujuran Hayder yang tidak dapat disangkal lagi, kanak-kanak biasanya jujur. Semoga Hayder terus bersikap jujur sebegini hingga dewasa nanti dan menjadi anak yang soleh buat mama dan papa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Erasarawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen