Artis / Selebriti
” The surprise was a success, hehe.. ” – Zahirah Macwilson

Video Zahirah Macwilson Dan Suami, Aiman Hakim Ridza Bersama Anak Mereka, Isaac Raees Membuat Kejutan Pulang Ke Australia Bertemu Ibunya. Alahai Terkej0t Oma Tengah Masak Kat Dapur Bila Tengok Isaac Tiba-Tiba Ada Depan Mata, Sebak Pula Tengok !!
Pelakon dan model terkenal, Zahirah Macwilson sering menjadi perhatian ramai. Zahirah telah mendirikan rumahtangga bersama Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan seorang pelakon. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Inaijari telah berkongsi beberapa video yang memaparkan Zahirah, Aiman dan Isaac membuat kejutan pulang ke Australia untuk bertemu ibunya, Maslinda Yusoff serta ahli keluarga yang lain. Menerusi video pertama telah dikongsikan gelagat Isaac ketika berada di lapangan terbang.
Kedengaran Zahirah telah bertanya kepada Isaac ke mana mereka akan pergi dan Isaac menjawab mereka akan pulang ke rumah Oma. Aiman turut bertanya perasaan Isaac adakah dia teruja untuk pulang bertemu Oma, terus Isaac menjawab dia sangat teruja.
Tibanya di rumah, Zahirah meminta Isaac untuk memberikan kerjasama ketika ingin membuat kejutan kepada ibunya. Sejurus itu, Aiman telah masuk ke dalam rumah dan kelihatan ibu Zahirah sedang berada di dapur. Melihat kehadiran Aiman, Zahirah dan Isaac di depan mata, ibu Zahirah begitu terkejut.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Seolah tidak percaya anak menantu dan cucu tersayang berada di rumahnya, ibu Zahirah begitu sebak dan terus memeluk Isaac. Zahirah telah menulis pada video tersebut yang kejutan mereka telah menjadi. Alahai Isaac pun nampak rindu sangat dengan Oma.
Terus teringat video yang pernah dikongsikan Zahirah pada tahun lepas gelagat Isaac yang sangat suka dengan biskut suji air tangan omanya ketika berada di sana. Apa-apa pun, selamat bercuti kepada Zahirah sekeluarga, semoga kepulangan kalian ini dapat mengubati kerinduan ahli keluarga di sana.
Silakan SHARE..
Sumber : IG _inaijari01_, zahirahmacwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen