Artis / Selebriti
” Throwback picture.. ” – Linda Jasmine

Linda Jasmine muatnaik gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya. Cantiknya Ratu dan Cloe. Dah lama tak tengok Qalif. Kecil-kecil dulu tengok kat Diari AF. Sekarang dah makin handsome lah..
Meninjau ke akaun Instagram Linda Jasmine, sekeping gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya telah dikongsikan. Baru beberapa jam gambar ini dimuatnaik, sudah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet.
Linda dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki. Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar merupakan cahaya mata menerusi perkahwinannya bersama pelakon, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Linda mempunyai seorang nak lelaki bernama Qalif Khan. Ketiga-tiga cahaya mata Linda ini sudah meningkat remaja dan mewarisi kecantikan Linda. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Umum juga mengetahui bahawa Linda dan Que Haidar sudah pun berpisah pada 2 Julai 2024 yang lepas. Namun begitu hubungan mereka kekal baik dan bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Sama ada Que atau pun Linda, mereka tidak menjelaskan secara terperinci punca perceraian mereka. Mereka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menghormati isu peribadi kedua-dua pihak. Tiada siapa menyangka perkahwinan mereka selama 15 tahun berakhir dengan penceraian.
Sikap mereka ini sangat dipuji kerana tetap berbaik dan tidak membesar-besarkan kisah penceraian mereka di media sosial. Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan Linda Jasmine dipermudahkan bersama anak-anak. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG linda jasmine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen