Artis / Selebriti
” Tiba-tiba eh terselit Amira Othman. So confirm lah dengan Kak Long ni.. ” – Komen Netizen

Muatnaik koleksi gambar sempena meraih 1 juta followers di Tiktok, perkongsian Fattah Amin curi perhatian warganet. Wah ada gambar Kak Long lah, banyak pulak tu selit gambar Amira. Komen Amira pun sweet sangat..
Menerusi perkongsian terbaru Fattah Amin di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang mana disunting koleksi gambar Fattah sempena akaunnya mencecah 1 juta pengikut. Populariti Fattah semakin naik mencanak selepas kembali bergelar single.
Tidak hanya kariernya dalam bidang lakonan tetapi dalam bidang peragaan juga. Fattah dilantik menjadi duta banyak produk sepanjang tahun lalu sehingga kini. Video ini khas untuk semua pengikut yang setia mengikuti perkembangan Fattah dan tidak putus-putus memberikan sokongan.
Di ruangan kapsyen, Fattah menulis satu coretan pendek untuk semua berbunyi ‘ Alhamdulillah syukur, tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua ‘ berserta emoji love berwarna biru. Ucapan yang pendek tetapi cukup bermakna untuk semua penyokong Fattah.
Dalam banyak gambar yang dikongsikan, Fattah menyelitkan juga gambar rakan sekerjanya, Amira Othman. Ini menyebabkan warganet teruja. Tiada lagi rahsia, umpama peribahasa sudah terang lagi bersuluh. Amira bukan hanya rakan sekerja dan ada sesuatu yang istimewa antara Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamin Alhamdulillah syukur, tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua 💙🫰
Hampir 80 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rakan sekerja ni wajib ada. tak ada tak lengkap vtt abang long hehe.. Disebalik Kejayaan Seorang Lelaki Ada seorang wanita Yang Selalu Mendoakannya, Yang Selalu Memudahkan Urusan Hariannya, Yang Selalu Ada Disaat Susah & Senang Dan Sebagai Pendorong Semangat beliau.. “
” Yang melengkapi dan menyokong untuk maju ke depan, bukan yg menolak ke belakang. 1 Mira je dalam hati bang long. moga amiraothmanofficial dan fattahamin jodoh kekal hingga ke syurga Allah S.W.T.. aamiin.. “
” Tiba-tiba eh terselit Amira Othman haha.. antara kejayaan 1M, itu suppliment dia sekarang, wajib ada.. itu dah confirm cinta hati abang long.. “
” Bakal suri hati, bakal PA seumur hidup.. betapa pentingnya kak long.. dia mmg sejenis manusia yang lurus.. so kalau dia jatuh cinta org sekeliling akan mudah detect.. itulah Fattah Amin.. “
” Hint direct sangat ni bang long hehe.. so confirm la dengan kak long ni.. 1 million followers, 1 Mira di hati bang long.. “
” Kekuatan fatah amin sekarang amira othman… di mana pun dia berada tak lupa kak long.. kak long tetap terselit.. kenapa aku x pikir dia x maksudkan 1M tu flower dia. 1M = 1 Mira?? aishhh.. “
” Amboi memang akan ada Amira terselit ya.. kenape aku yg tersengih2 ni.. mcm aku pulak yg tgh angau jatuh cinta.. “
Komen Amira juga mendapat perhatian warganet :
Fattah semakin terbuka dan tidak lagi berselindung betapa pentingnya Amira dalam kehidupannya sekarang. Semoga semua doa-doa warganet untuk melihat Fattah dan Amira bersatu di jinjang pelamin akan termakbul. Semoga Fattah terus maju jaya dan mencipta banyak kejayaan dalam hidup.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen