Artis / Selebriti
” Tika berpantang ada dua cara dan dah sepanjang hari Tika.. ” – Atikah Suhaime

Gara-gara sering berkongsi video ketika berpantang tidak mengikat rambut, Atikah Suhaime terpaksa buat video menjawab soalan-soalan negatif netizen yang menuduh dirinya tidak berpantang dengan baik. Yang mengata tu sila hadam jawapan Atikah tu..
Umum mengetahui yang pelakon kelahiran negara Singapura, Atikah Suhaime baru-baru ini telah pun selamat bergelar seorang ibu. Atikah melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan dan perkongsian khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atikah di akaun Instagram miliknya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Atikah, telah dikongsikan video yang memaparkan Atikah memberikan respon menjawab soalan-soalan negatif daripada segelintir warganet yang mengatakan yang dirinya tidak berpantang dengan baik.
Atikah berkata, dia melakukan dua cara berpatang iaitu dengan cara tradisional dan moden. Cara berpantang tradisional yang dilakukan oleh Atikah adalah seperti memakai bengkung. Kata Atikah lagi, dia banyak menerima komen yang bertanya mengapa dirinya tidak mengikat rambut sepanjang tempoh berpantang.
Selain soalan mengenai tidak mengikat rambut, ada juga yang bertanya kenapa perut Atikah masih lagi buncit walaupun dirinya sudah pun bersalin. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Sehingga kini, menerima lebih seribu komen serta ditonton melebihi dua ratus ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Jon tonton video di bawah :
@atikahsuhaimeeee Mungkin cara tika berpantang sedikit berbeza dari yg lain tapi kiter raikan perbezaan. Happy2 selalu jangan stress. #fyp #firsttimemum #berpantanglepasbersalin
Di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Atikah dan turut menasihati Atikah agar tidak melayan komen-komen negatif daripada netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dekat mana eh kite boleh tolong tika deletekan comments yg bodo2 ni. Yg terpaling tahu. Dah 2025 la. Educate yourself.. Geram pulak aku.. “
” Ya Rabbi, why kena explain semua, no need to explain Tika, pls jangan berpaksikan mereka, pls la, tak perlu… Tak perlu, itu semua buang tenaga you, guna tenaga for Mulan and yourself.. “
” Do whatever makes you feel comfortable. Because it’s you who will be handling your baby, not these people on your comment section. Berapa ramai orang meroyan because of what other people say.. “
” Ade jgk ke yg tnye pasal perut, ingt lpas bersalin seminggu boleh terus kempis ke.. Hadoilah.. Ikut suka dia lah nk ikat rambut ke tidak, bukan kacau rambut kau pun.. “
” Menyusu kan baby pun boleh kempis kan rahim… To atikah..relax² no stress².. Enjoy ur pantang time… Kurus ke gemok ker…Yg penting u sihat.. “
” Those people who said tengok lh dh tua nanti sakit mcm2. Tapi skrg yg berderet kat hospital tu org yg berpntang cara org tua dulu2 juga. Tak kisah lh cara brpantang mcm mna kalau korang tak teruskan.. “
” Tika dah bagi explanation pon masih ada lagi komen yang meminta ek dlm ni . Kesian tika kena buat vdeo explanation which is dia tak sepatutnya buat pon.. “
Alahai kesian Atikah, terpaksa buat video untuk menjelaskan satu persatu persoalan netizen. Betul lah apa yang dikatakan oleh Atikah, lain orang lain cara mereka berpantang dan tidak mungkin semuanya akan sama. Apa-apa pun, diharap Atikah tidak mengambil hati dengan soalan-soalan segelintir netizen itu dan semoga Atikah sentiasa sihat selalu serta menjalani tempoh berpantang dengan tenang.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok atikahsuhaimeee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen