Artis / Selebriti
” Time beranak boleh sambil senyum. Fuh kuatnya Aisyah.. ” – Netizen

Perkongsian Aisyah Hijanah Video Moment Mula Contraction Sehingga Selamat Melahirkan Buat Ramai Kagum. Kuat Betul Aisyah Ni, Tengah Menahan Sakit Pun Muka Tenang Setenangnya. Tahniah Aisyah !!
Aisyah Hijanah antara idola ramai wanita kerana sikapnya yang selalu positif dan memberi aura baik kepada semua orang. Selalu tampil dengan ayat-ayat motivasi, selain menjadi usahawan tudung, Aisyah juga ada mengeluarkan buku penulisannya sendiri.
Menerusi akaun Instagram Aisyah Hijanah, telah dikongsikan satu perkhabaran gembira mengenai kelahiran cahayamata ketiga Aisyah. Dalam video ini, Aisyah memuatnaik rentetan kejadian sebelum dia bersalin. Mula merasai contraction ketika sedang membuat live, Aisyah tetap gigih menghabiskan sesi live itu sebelum ke hospital.

Klik gambar untuk info..
Kata Aisyah, kehamilannya kali ini teramat mudah tanpa sebarang alahan, malahan diri rasa kuat seperti orang tidak hamil. Diberikan ketenangan dan kemudahan untuk melahirkan, suami Aisyah, Alif Teega berpeluang menyambut sendiri anak mereka kali ini.
Terpancar kegembiraan di wajah Aisyah dan Alif setelah melihat wajah anak ketiga mereka ini. Perjalanan kehamilan yang banyak cerita di sebaliknya sehingga selamat melahirkan, pasti ini akan menjadi antara kenangan manis Aisyah yang akan diingati sampai bila-bila.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Aisyah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Saya pun bersalin anak no 4 semudah dan setenang Aisyah. Kunci diaaa redha suami ibu bapa sebelum berjuang.. ”
” Macam mana melahirkan dengan raut wajah masih boleh senyum.. Saya pembukaan 9 udah macam orang kerasukan. Tahniah aisyah.. ”
” Congratulations aisyahhijanah selamat berpantang.. Rehat cukup2 so happy fo you Alhamdulillah.. ”
” Kak Aisyah memang perempuan yang kuat lah. Time beranak boleh sambil senyum.. fuh kalau kita macam hantu kak limah dh.. ”
” Alhmdulilahhhhh.. ini yg saya tunggu.. tahniah aisyahhijanah dan alifteega .. selamat berpantanggg dik.. yg pasti adik baby no 3 nii.. comeyyy sangttt sangtttt.. gerammmm.. ”
” Strongnya Aisyah. Dah 9 cm masih boleh senyum.. Tahniah aisyahhijanah.. selamat berpantang.. baby mesti akan sekuat Aisyah.. ”
” Contraction dia boleh live lagi.. kita dah macam orang gila biar 1 cm baru bukaan. Selamat Berpantang Aisyah.. Strong mum strong baby .. Welcome to the world baby.. ”
Kagum sungguh warganet dengan kecekalan Aisyah itu. Wajah tersenyum Aisyah waktu baby keluar tu, tak semua orang boleh buat sepertimana Aisyah buat. Akhir kata daripada kami di Berita Kopak sekalung tahniah atas kelahiran cahayamata ini dan selamat berpantang Aisyah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aisyah Hijanah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen